My PicTurE

My PicTurE
"GrEat PerSoNaliTy, Great Life "

Sejarah UMNO

The United Malays National Organisation, or UMNO (Malay: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), is Malaysia's largest political party; a founding member of the Barisan Nasional coalition, which has played a dominant role in Malaysian politics since independence. The UMNO emphasizes protecting Malay culture, Islamic values and free-market policies. In recent years, the UMNO, under Prime Minister Najib has increasingly emphasized reducing ethnic tensions and protecting minority rights.

Sedia GemPUr

About Me

My photo
malacca, cheng, Malaysia
ABOUT ME MUHAMMAD AZHAR BIN ASHARI 20 TAHUN CHENG , MELAKA POLITEKNIK MERLIMAU Diploma kejuruteraan mekanikal(pembuatan) Email; azhar_123123@yahoo.com.my MYSPACE; azhar_ashari@yahoo.com / Pekida _ semenanjung@yahoo.com -SUKA MENGKRITIK ORANG LAIN- -SUKA BERGAUL- -SUKA BERMANJA- -SUKA SESUATU YANG INDAH- -PENGKRITIK BEBAS- -SEORANG YANG RIANG,OPEN-MINDED,JIWA KACAU,MUDAH BERKOMUNIKASI- -Suka berjalan,merayau,melepak-lepak mencari ilham-

Monday, May 18, 2009

ron 95

PETRONAS Dagangan Berhad Memperkenalkan Petrol RON95
12 Mei 2009 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melancarkan petrol RON95 di Stesen Servis PETRONAS, Presint 9D, Putrajaya. Pelancaran tersebut merupakan titik permulaan kepada pelaksanaan penggunaan petrol RON95 dan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran negara yang akan dilaksanakan pada 1 September 2009.Antara tetamu kerhormat yang hadir pada Majlis pelancaran tersebut ialah Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berbahagia Datuk Anuar Ahmad, Tuan Haji Md Arif Mahmood, Encik M Sabarudin M Amin, serta wakil pihak pengurusan PETRONAS Dagangan Berhad yang lain.
Petrol RON95 akan menggantikan RON92 sedia ada yang akan dikeluarkan daripada pasaran. Pada masa kini harga RON92 (RM1.70 seliter) adalah lebih rendah berbanding dengan RON97 (RM1.80 seliter), namun penggunaannya hanya meliputi 5 hingga 10 peratus dari jumlah keseluruhan penggunaan petrol di negara ini dari tahun 2000 hingga 2008. Harga RON95 ditetapkan pada RM1.75 seliter.Kerajaan Malaysia mengucapkan syabas kepada PETRONAS Dagangan Berhad yang telah Berjaya merealisasikan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan petrol RON95, di bawah nama PRIMAX 95, seawal bulan Mei 2009. Sebanyak dua buah stesen minyak PETRONAS di Presint 9, Putrajaya mulai 12 Mei 2009 dan 13 Mei 2009 akan mula memasarkan PRIMAX 95. Syarikat lain akan turut serta mengambil langkah yang sama di stesen minyak masing-masing di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
Pelaksanaan penggunaan RON95 adalah merupakan salah satu cara untuk memastikan pengguna mendapat kualiti petrol yang baik pada harga yang disubsidikan oleh kerajaan. PRIMAX 95 adalah bersesuaian dengan enjin kenderaan yang membolehkan pembakaran sempurna dan lebih efisyen serta mengurangkan pencemaran udara.Selepas pelaksanaan yang berkuatkuasa mulai 1 September 2009, RON95 akan dijual pada harga petrol RM1.75 seliter manakala petrol RON97 akan dijual pada RM2.00 seliter sebagai produk premium.Sumber:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna &PETRONAS Dagangan Berhad13 May 2009

No comments:

Post a Comment