My PicTurE

My PicTurE
"GrEat PerSoNaliTy, Great Life "

Sejarah UMNO

The United Malays National Organisation, or UMNO (Malay: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), is Malaysia's largest political party; a founding member of the Barisan Nasional coalition, which has played a dominant role in Malaysian politics since independence. The UMNO emphasizes protecting Malay culture, Islamic values and free-market policies. In recent years, the UMNO, under Prime Minister Najib has increasingly emphasized reducing ethnic tensions and protecting minority rights.

Sedia GemPUr

About Me

My photo
malacca, cheng, Malaysia
ABOUT ME MUHAMMAD AZHAR BIN ASHARI 20 TAHUN CHENG , MELAKA POLITEKNIK MERLIMAU Diploma kejuruteraan mekanikal(pembuatan) Email; azhar_123123@yahoo.com.my MYSPACE; azhar_ashari@yahoo.com / Pekida _ semenanjung@yahoo.com -SUKA MENGKRITIK ORANG LAIN- -SUKA BERGAUL- -SUKA BERMANJA- -SUKA SESUATU YANG INDAH- -PENGKRITIK BEBAS- -SEORANG YANG RIANG,OPEN-MINDED,JIWA KACAU,MUDAH BERKOMUNIKASI- -Suka berjalan,merayau,melepak-lepak mencari ilham-

Tuesday, December 22, 2009

BAGAI dONGENG CERITA rAKYAT....HAHAHA

Jika kanak-kanak sering dihidangkan dengan cerita versi dongeng yang indah-indah dalam kehidupan maka realiti yang cuba digambarkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim demikian juga iaitu cuba memberikan impian dan angan-angan menarik kepada ahli-ahlinya.
Apa yang cuba dilakarkan oleh Anwar kononnya PKR masih tetap kukuh dan menjaga kepentingan rakyat di negara ini sebagaimana yang pernah ditulis dalam manifestonya apabila menjelang pilihan raya.
Bagaikan seorang penglipurlara moden, Anwar mengangankan impian-impian berlandaskan pangkat, kuasa dan kedudukan sebagai imbuhan dan pemanis dalam ceritanya sedangkan realitinya, sebagaimana yang telah dihamburkan oleh bekas pemimpin kanan dalam PKR sendiri ia hanyalah untuk kepentingan peribadi.
Dalam hal ini, bukalah minda dan fikirkanlah secara waras apakah yang mampu dilakukan oleh beliau sebagai Ketua Pembangkang sedangkan selama jawatan tersebut dipegangnya, sumbangan manakah yang boleh dibanggakan – bukan sahaja kepada masayarakat keseluruhan tetapi juga tumpuan kepada ahli PKR sendiri.
Seandainya krisis yang dialami oleh PKR adalah krisis politik sahaja maka tentunya PKR akan mampu untuk memulihkannya namun malangnya ia tidak semudah yang dinyatakan kerana apa terjadi adalah hakisan kepercayaan daripada ahli-ahlinya termasuk juga pemimpin atasan parti.
Apatah lagi sehingga ke hari ini, Anwar gagal menafikan dan membuat pengakuan secara terbuka berkaitan dengan kesalahan moral dan kes mahkamah beliau yang sering sahaja tertangguh atas pelbagai alasan; secara tidak langsung kegagalan beliau memberikan keyakinan berterusan.
Jadi, perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi di Selangor dan juga membuat konvensyen PKR di beberapa negeri pastinya mempunyai agenda disebaliknya.
Anwar harus mengakui bahawa rakyat sudah mula bosan dengan retorik politik yang dimainkannya malahan sikapnya yang sering mendominasi pakatan campuran juga telah ditolak oleh rakan sekutunya.
Walaupun Anwar berusaha melancarkan strategi sistem dua parti di negara ini dengan mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti gabungan pembangkang yang sah sebagaimana didesak oleh ahlinya, namun Anwar sebenarnya tak mampu menyatukan idelogi-ideologi berlainan parti-parti pembangkang.
Buktinya, lihat sahaja kedudukan PAS yang semakin meruncing akibat tersalah canai, yang dikatakan ia juga adalah antara campurtangan dari Anwar.
Kejutan demi kejutan bukan hanya berlaku kepada PKR tetapi jelas Anwar semakin terhimpit dengan tindakan berani dan pendedahan bersandarkan bukti beberapa bekas orang kanannya.
Jika sebelum ini, Anwar lantang akan menyaman mana-mana pihak yang didakwanya memfitnah termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin RM 100 juta kerana mendakwanya pengkhianat bangsa – namun ia tidak dilaksanakan.
Malahan bekas Timbalan Presiden PKR, Chandra Muzaffar juga pernah menerima saman yang sama dari Anwar ekoran pendedahannya terhadap kepincangan yang berlaku.
Begitu juga dengan bekas ahli Majlis Tertingginya yang sebelum ini dikenali sebagai orang paling rapat dengan Anwar iaitu S. Nallakarupan yang memaklumkan bahawa memang berlaku ketidakadilan dan cengkaman kuasa dari Anwar.
Lantaran itu, jelaslah bahawa penglipurlara akan tetap dengan cerita indahnya kerana tidak mungkin kisah dongeng tersebut menjadi realiti hanya dengan berbekalkan kedangkalan fikiran semata-mata!

No comments:

Post a Comment