My PicTurE

My PicTurE
"GrEat PerSoNaliTy, Great Life "

Sejarah UMNO

The United Malays National Organisation, or UMNO (Malay: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), is Malaysia's largest political party; a founding member of the Barisan Nasional coalition, which has played a dominant role in Malaysian politics since independence. The UMNO emphasizes protecting Malay culture, Islamic values and free-market policies. In recent years, the UMNO, under Prime Minister Najib has increasingly emphasized reducing ethnic tensions and protecting minority rights.

Sedia GemPUr

About Me

My photo
malacca, cheng, Malaysia
ABOUT ME MUHAMMAD AZHAR BIN ASHARI 20 TAHUN CHENG , MELAKA POLITEKNIK MERLIMAU Diploma kejuruteraan mekanikal(pembuatan) Email; azhar_123123@yahoo.com.my MYSPACE; azhar_ashari@yahoo.com / Pekida _ semenanjung@yahoo.com -SUKA MENGKRITIK ORANG LAIN- -SUKA BERGAUL- -SUKA BERMANJA- -SUKA SESUATU YANG INDAH- -PENGKRITIK BEBAS- -SEORANG YANG RIANG,OPEN-MINDED,JIWA KACAU,MUDAH BERKOMUNIKASI- -Suka berjalan,merayau,melepak-lepak mencari ilham-

Sunday, April 18, 2010

~pembohongan 16 september~umno online~

DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.
”Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,” itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut.
Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.
Zahrain mendedahkan mengenai rancangan 16 September 2008 yang otak perancangnya ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika selama ini, impian 16 September tidak begitu diketahui secara terperinci selain daripada cita-cita songsang Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi apa yang didedahkan oleh Zahrain cukup menggemparkan.
Anwar dalam mencapai cita-cita itu atau lebih tepat lagi memenuhi khayalannya untuk menjadi Perdana Menteri sanggup mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Abdul Aziz Zainal.
Tujuan Penasihat PKR itu adalah mudah iaitu hendak menyakinkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa kononnya dua pihak paling berkuasa di negara ini berada di belakangnya.
Dalam mana-mana juga negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dan angkatan tentera menjadi tonggak kekuatan, sudah pastilah penggunaan nama itu boleh menggerunkan sesiapa sahaja.
Tetapi Anwar terlupa ahli-ahli Parlimen BN tidaklah sebodoh yang disangkakan. Atas sebab itulah perancangan ‘jahat’ beliau untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang gagal.
Akhirnya, impian 16 September Anwar mendedahkan siapa diri beliau sebenarnya. Beliau kini dilihat bukan sahaja pemimpin yang rakus, malah sanggup mempergunakan nama sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya.
Tindakan Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM, adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu pengkhianatan. Anwar cuba menyeret dua institusi berkenaan ke dalam gelanggang pertarungan politik berikutan kekecewaan selepas pakatan pembangkang yang diketuainya gagal menumbangkan kerajaan BN.
Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, Anwar bukannya tidak tahu bahawa dua institusi berkenaan tidak seharusnya diseret dalam kancah politik.
Tetapi Anwar tidak peduli kesan akibat pendustaan yang beliau lakukan. Apa yang penting bagi beliau ialah ke Putrajaya, walaupun tindakan itu bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik institusi tersebut tetapi juga mengkhianati mandat yang telah diberikan kepada BN oleh rakyat.
Kita tidak harus lupa selain pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam agenda ‘gila’ itu, Anwar juga berjaya memperdaya rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Pas dan DAP.
Gagal
Sebab itulah apabila rancangan 16 September gagal, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sememangnya menentang perbuatan lompat parti mengeluarkan kenyataan yang cukup keras pada 8 Februari 2009, apabila menegaskan, Anwar tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.
“Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,” kata Karpal.
Tetapi kemarahan Karpal hanyalah seketika apabila Anwar terus dibenarkan memimpin pakatan pembangkang, biar pun kini jelas Anwar adalah pemimpin politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.
Walaupun kini segala tembelang dan ‘topeng raksaksa pelbagai wajah’ Anwar sudah didedahkan oleh Zahrain, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih setia ingin menyokong beliau sebagai pemimpin utama mereka.
Ia terbukti apabila Zahrain diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap oleh Anwar ketika dalam kerajaan bahawa beliau ‘ulama terompah’.
Secara tiba-tiba Nik Abdul Aziz bercakap soal tipikal ahli politik Melayu yang mendedahkan kepincangan bekas parti mereka. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak pula mahu mengulas apa pula dosa Anwar apabila melakukan pembohongan dengan mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM.
Apakah kerana pendedahan itu melibatkan Anwar maka segala pendustaan dan penipuan oleh Ketua Pembangkang tersebut boleh ‘dihalalkan’? Yang manakah lebih berdosa mendedahkan kebenaran seperti mana dilakukan oleh Zahrain atau pembohongan yang dibuat oleh Anwar?
Penulis yakin tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi pandangan dengan Nik Abdul Aziz biarpun beliau seorang Mursyidul Am. Ia kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
”Sebenarnya, pendedahan Zahrain telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam Pas kerana tidak semua dalam parti sukakan Anwar,” kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.
Jika pembangkang menganggap pendedahan Zahrain disebabkan beliau sudah menjadi ‘askar upahan’ kepada BN, kenapa mereka tidak mendesak Anwar supaya membuat penjelasan bagi membersihkan namanya.
Tindakan meninggalkan sidang Dewan Rakyat dan menganggap ‘itulah bahana apabila sudah menjadi alat UMNO”, bukanlah tindakan yang bijak kerana ia hanya mendedahkan Anwar kepada tuduhan bahawa beliau hakikatnya tidak sanggup menerima kebenaran yang dipaparkan oleh Zahrain dan seorang yang pengecut untuk mempertahankan diri.
Jika beliau di pihak yang benar sudah pasti Anwar tidak akan ke London untuk bertemu kawan baiknya yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore.
Ini kerana tuduhan Zahrain adalah serius dan memerlukan jawapan balas daripada beliau tetapi Anwar tahu segala yang Zahrain dedahkan adalah satu kebenaran. Sebuah kebenaran tidak boleh ditutup bak kata lagu Jay Jay dalam lagu Rindu Bayangan; ”berputar-putar membelitkan kata-kata” – yang sebelum ini menjadi ‘alat’ untuk Anwar meraih sokongan sebahagian rakyat.
Penipuan
Justeru adalah jelas, Anwar tidak berdaya menutupi tembelangnya sehingga terpaksa meninggalkan sidang Dewan Rakyat supaya ‘telinganya tidak terus panas’ mendengar satu demi satu penipuan yang beliau lakukan.
“Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.
“Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas ’serangan’ yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan ‘menenangkan’ diri di Eropah,” kata penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Apabila politik matlamat menghalalkan cara yang dirancang oleh Anwar terdedah melalui impian 16 September, ramai yang tertanya-tanya, apakah Pas yang memperjuangkan Islam akan terus bersekongkol dengan pemimpin seumpama itu?
Selama ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menegaskan bahawa Pas ingin berkuasa melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan sama sekali dengan semangat Pas yang menurut Abdul Hadi adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat.
Mungkin ada yang akan berhujah bagaimana pula dengan kejayaan BN menguasai semula Perak apabila tiga wakil rakyat pembangkang mengisytihar menjadi wakil rakyat bebas.
Antara kes di Perak dan impian 16 September ia adalah berbeza. Ini kerana BN Perak tidak pernah mempergunakan nama sesiapa untuk menarik sokongan tiga wakil rakyat berkenaan, mereka keluar daripada PKR dan DAP dengan sukarela.
Ini berbeza dengan Anwar yang terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri sehingga sanggup berbohong dan menghantar ahli Parlimen pembangkang ke Taiwan bagi memujuk ahli Parlimen BN. Tidakkah tindakan Anwar itu mengkhianati semangat demokrasi yang Abdul Hadi dan Pas uar-uarkan?
Oleh itu sebagai parti yang berhasrat menegakkan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin Pas sudah tentu memahami bahawa Anwar sememangnya tidak layak menjadi pemimpin mereka.
Mana mungkin sebuah parti seperti Pas terlalu mengagung-agungkan pemimpin yang mengamalkan politik seperti Anwar yang sekali gus akan mencemarkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Kini terserahlah kepada parti-parti pembangkang untuk menilai siapa ketua yang mereka kagumi itu dan kepada sebahagian rakyat yang masih taksub melihat Anwar sebagai ‘pemimpin yang bersih dan murni’.
Apa pun kesimpulannya, pendedahan oleh Zahrain telah membuka wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim dan membuktikan impian 16 September dilumuri dengan perancangan yang penuh dengan pembohongan, penipuan, pendustaan dan pengkhianatan, namun akhirnya kebenaran pasti memusnahkan kebatilan. -MediaUMNO/MingguanM

~Orang Muda, P Kamalanathan Calon BN Hulu Selangor~semoga berjaya!umno online~

BUKIT SENTOSA (Hulu Selangor), 15 April – Orang muda berusia 44 tahun, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, 25 April ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan kepada kira-kira 7,000 pemimpin dan penyokong, hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN membuat keputusan itu setelah berbincang dengan semua pihak di dalam BN.
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri berpesan PRK Hulu Selangor amat penting kepada negara kerana ia bakal menentukan masa depan bersama, bukan sahaja Hulu Selangor, tetapi seluruh negara.
“Oleh itu, Perdana Menteri berpesan supaya semua peringkat jentera BN mestilah datang berkempen di Hulu Selangor, bekerja keras, tumpukan perhatian hanya untuk memastikan BN menang,” katanya.
Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama yang amat penting untuk memastikan kestabilan politik demi pembangunan dan masa depan. Sejarah Malaysia selama ini adalah bukti semua hujah itu.
Beliau turut menjelaskan, pemimpin pusat memang sedar dan mendengar suara-suara rakan di dalam UMNO yang mahukan UMNO bertanding mewakili BN dalam PRK Hulu Selangor.
“Tetapi di dalam persahabatan yang telah lama kita amalkan, kita tidak boleh ingkar kepada kesepakatan itu. Di dalam konsep BN tiada masyarakat yang kecil, kita daripada UMNO tidak tamak.
“Terima kasih kepada pimpinan UMNO Bahagian Hulu Selangor kerana bersetuju dan sepakat mengekalkan MIC sebagai wakil BN. Calon dari MIC ini adalah calon BN dan apabila menang nanti, dia bukan sahaja bekerja untuk kaum India, tetapi dia akan berkhidmat kepada semua kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli.” tegasnya.
Timbalan Pengerusi BN itu turut merakamkan tahniah kepada DS G Palanivel kerana empat penggal berkhidmat, dia sudah ada jasa. Tetapi kita dah tahu banyak yang mahukan perubahan, muka baru dan atas semangat 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. -Media UMNO

alaysia ----- - Penamaan Calon P.94 Parlimen Hulu Selangor (17 April 2010) ----- Hari Mengundi (25 April 2010) ----- - Penamaan Calon P.212 Parlimen Sibu (8 Mei 2010) ----- Hari Mengundi (16 Mei 2010) ----- - Mesyuarat Cawangan (1 Mei - 15 Jun 2010) ----- - Mesyuarat Bahagian (16 Jun - 16 Julai 2010) ----- - Perhimpunan Agung UMNO 2010 (28 - 30 Okt 2010) ----- Ibu Pejabat UMNO Malaysia ----- umno-online.com Tidak Kira Masjid atau Jalanan, Pembangkang Sumbang ~umno online~

KUALA KUBU BARU, 17 April – Kalau di Ipoh pakatan pembangkang cemari masjid dengan membaling telur busuk selepas solat Jumaat, semalam, pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor di sini, pagi ini juga mereka tidak menghormati masjid. Masjid Jamek Kuala Kubu Bharu menjadi kubu penyokong mereka siang dan malam, dan ketika penyokong BN berkumpul di seberang jalan, dari masjid itu mereka melaungkan provokasi dan melempar batu untuk merejam kumpulan BN.
Bagi mereka, semua yang hendak mereka lakukan, tanpa mengira batasannya, adalah halal tanpa mengenal peri  kemanusiaan, nista atau fitnah.
Batu sebesar penumbuk dikumpul sewaktu berkubu dalam kawasan masjid. Mangsanya dua pemuda, seorang dari Marang, Terengganu dan seorang lagi dari Tanjung Karang. Syukur kedua-duanya selamat dan hanya menerima rawatan pesakit luar dengan beberapa jahitan di kepala masing-masing.
Semalam, di Ipoh, pemimpin dan penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan membantah isu syarikat perunding, Apco Worldwide, di pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, membaling telur busuk hingga mencemari masjid dan jemaah yang baru selesai solat Jumaat.
Kira-kira 100 peserta perhimpunan membaling telur busuk ke arah papan tanda tertera logo Umno dan 1Malaysia yang dibawa dan dipegang penyokong pembangkang di pekarangan masjid.
Dalam kejadian jam 2.05 petang itu, peserta perhimpunan anjuran Pemuda Pakatan Pembangkang Perak itu dibekal plastik berisi telur busuk dan diminta membalingnya ke arah papan tanda yang turut tertera logo Israel dengan lambang Umno di tengah-tengahnya, manakala di kiri kanan diletakkan logo 1Malaysia dan 1Israel, selain tertera perkataan Apco dan Zionis.
Balingan itu menyebabkan percikan teluk busuk itu turut mengenai orang ramai selain kelihatan kasut berterbangan dibaling peserta perhimpunan ke arah papan itu.
Penganjur kemudian meletakkan papan berkenaan di atas jalan di pintu pagar masjid, sebelum meminta umat Islam memijak dan penunggang motosikal menggilisnya ketika mahu keluar.
Antara yang menyertai perhimpunan dinamakan ‘Himpunan Aman Membantah Firma Perunding Apco Worldwide Pro Yahudi-Israel dan Pembabitannya Dengan Kerajaan Malaysia’ ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin dan Ahli Perhubungan Pas Perak, Nor Azli Musa.
Beberapa wakil termasuk gabungan mahasiswa Islam dan Dewan Muslimat Pas turut menyertainya. Perhimpunan itu bersurai setengah jam kemudian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang diminta mengulas kejadian itu, berkata perbuatan membaling telur busuk di kawasan masjid, haram hukumnya kerana ia mencemari kesucian rumah Allah.
“Perbuatan ini (baling telur busuk dalam kawasan masjid) sangat biadap… itu bukan ajaran Islam, buatlah kerja yang senonoh sikit,” katanya ketika dihubungi.
Harussani berkata, tindakan penganjur perhimpunan membawa telur busuk jelas memperlihatkan mereka sudah ada niat jahat apabila datang ke masjid berkenaan.
“Ingatlah Allah menyuruh manusia berbuat baik dan sentiasa memaafkan,” katanya.
Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, turut menyelar tindakan peserta perhimpunan itu.
“Perbuatan mereka ini terlalu biadap. Ini bukan budaya Islam atau budaya Melayu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau yang memegang portfolio Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, berkata tindakan pembangkang itu dilihat satu cubaan mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang mereka hadapi.
“Pembangkang mahu tutup kelemahan mereka sebab itu buat seperti itu. Apa yang mereka katakan mengenai Apco itu satu tuduhan dan cuba menghasut rakyat supaya mempercayai sesuatu dakwaan yang belum dibuktikan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, polis tidak mengambil sebarang tindakan kerana peserta perhimpunan bersurai seperti diarahkan.
Bagaimanapun katanya, pihaknya membuat laporan polis kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit. -MediaUMNO