My PicTurE

My PicTurE
"GrEat PerSoNaliTy, Great Life "

Sejarah UMNO

The United Malays National Organisation, or UMNO (Malay: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), is Malaysia's largest political party; a founding member of the Barisan Nasional coalition, which has played a dominant role in Malaysian politics since independence. The UMNO emphasizes protecting Malay culture, Islamic values and free-market policies. In recent years, the UMNO, under Prime Minister Najib has increasingly emphasized reducing ethnic tensions and protecting minority rights.

Sedia GemPUr

About Me

My photo
malacca, cheng, Malaysia
ABOUT ME MUHAMMAD AZHAR BIN ASHARI 20 TAHUN CHENG , MELAKA POLITEKNIK MERLIMAU Diploma kejuruteraan mekanikal(pembuatan) Email; azhar_123123@yahoo.com.my MYSPACE; azhar_ashari@yahoo.com / Pekida _ semenanjung@yahoo.com -SUKA MENGKRITIK ORANG LAIN- -SUKA BERGAUL- -SUKA BERMANJA- -SUKA SESUATU YANG INDAH- -PENGKRITIK BEBAS- -SEORANG YANG RIANG,OPEN-MINDED,JIWA KACAU,MUDAH BERKOMUNIKASI- -Suka berjalan,merayau,melepak-lepak mencari ilham-

Sunday, April 18, 2010

~pembohongan 16 september~umno online~

DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.
”Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,” itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut.
Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.
Zahrain mendedahkan mengenai rancangan 16 September 2008 yang otak perancangnya ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika selama ini, impian 16 September tidak begitu diketahui secara terperinci selain daripada cita-cita songsang Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi apa yang didedahkan oleh Zahrain cukup menggemparkan.
Anwar dalam mencapai cita-cita itu atau lebih tepat lagi memenuhi khayalannya untuk menjadi Perdana Menteri sanggup mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Abdul Aziz Zainal.
Tujuan Penasihat PKR itu adalah mudah iaitu hendak menyakinkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa kononnya dua pihak paling berkuasa di negara ini berada di belakangnya.
Dalam mana-mana juga negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dan angkatan tentera menjadi tonggak kekuatan, sudah pastilah penggunaan nama itu boleh menggerunkan sesiapa sahaja.
Tetapi Anwar terlupa ahli-ahli Parlimen BN tidaklah sebodoh yang disangkakan. Atas sebab itulah perancangan ‘jahat’ beliau untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang gagal.
Akhirnya, impian 16 September Anwar mendedahkan siapa diri beliau sebenarnya. Beliau kini dilihat bukan sahaja pemimpin yang rakus, malah sanggup mempergunakan nama sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya.
Tindakan Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM, adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu pengkhianatan. Anwar cuba menyeret dua institusi berkenaan ke dalam gelanggang pertarungan politik berikutan kekecewaan selepas pakatan pembangkang yang diketuainya gagal menumbangkan kerajaan BN.
Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, Anwar bukannya tidak tahu bahawa dua institusi berkenaan tidak seharusnya diseret dalam kancah politik.
Tetapi Anwar tidak peduli kesan akibat pendustaan yang beliau lakukan. Apa yang penting bagi beliau ialah ke Putrajaya, walaupun tindakan itu bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik institusi tersebut tetapi juga mengkhianati mandat yang telah diberikan kepada BN oleh rakyat.
Kita tidak harus lupa selain pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam agenda ‘gila’ itu, Anwar juga berjaya memperdaya rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Pas dan DAP.
Gagal
Sebab itulah apabila rancangan 16 September gagal, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sememangnya menentang perbuatan lompat parti mengeluarkan kenyataan yang cukup keras pada 8 Februari 2009, apabila menegaskan, Anwar tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.
“Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,” kata Karpal.
Tetapi kemarahan Karpal hanyalah seketika apabila Anwar terus dibenarkan memimpin pakatan pembangkang, biar pun kini jelas Anwar adalah pemimpin politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.
Walaupun kini segala tembelang dan ‘topeng raksaksa pelbagai wajah’ Anwar sudah didedahkan oleh Zahrain, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih setia ingin menyokong beliau sebagai pemimpin utama mereka.
Ia terbukti apabila Zahrain diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap oleh Anwar ketika dalam kerajaan bahawa beliau ‘ulama terompah’.
Secara tiba-tiba Nik Abdul Aziz bercakap soal tipikal ahli politik Melayu yang mendedahkan kepincangan bekas parti mereka. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak pula mahu mengulas apa pula dosa Anwar apabila melakukan pembohongan dengan mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM.
Apakah kerana pendedahan itu melibatkan Anwar maka segala pendustaan dan penipuan oleh Ketua Pembangkang tersebut boleh ‘dihalalkan’? Yang manakah lebih berdosa mendedahkan kebenaran seperti mana dilakukan oleh Zahrain atau pembohongan yang dibuat oleh Anwar?
Penulis yakin tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi pandangan dengan Nik Abdul Aziz biarpun beliau seorang Mursyidul Am. Ia kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
”Sebenarnya, pendedahan Zahrain telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam Pas kerana tidak semua dalam parti sukakan Anwar,” kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.
Jika pembangkang menganggap pendedahan Zahrain disebabkan beliau sudah menjadi ‘askar upahan’ kepada BN, kenapa mereka tidak mendesak Anwar supaya membuat penjelasan bagi membersihkan namanya.
Tindakan meninggalkan sidang Dewan Rakyat dan menganggap ‘itulah bahana apabila sudah menjadi alat UMNO”, bukanlah tindakan yang bijak kerana ia hanya mendedahkan Anwar kepada tuduhan bahawa beliau hakikatnya tidak sanggup menerima kebenaran yang dipaparkan oleh Zahrain dan seorang yang pengecut untuk mempertahankan diri.
Jika beliau di pihak yang benar sudah pasti Anwar tidak akan ke London untuk bertemu kawan baiknya yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore.
Ini kerana tuduhan Zahrain adalah serius dan memerlukan jawapan balas daripada beliau tetapi Anwar tahu segala yang Zahrain dedahkan adalah satu kebenaran. Sebuah kebenaran tidak boleh ditutup bak kata lagu Jay Jay dalam lagu Rindu Bayangan; ”berputar-putar membelitkan kata-kata” – yang sebelum ini menjadi ‘alat’ untuk Anwar meraih sokongan sebahagian rakyat.
Penipuan
Justeru adalah jelas, Anwar tidak berdaya menutupi tembelangnya sehingga terpaksa meninggalkan sidang Dewan Rakyat supaya ‘telinganya tidak terus panas’ mendengar satu demi satu penipuan yang beliau lakukan.
“Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.
“Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas ’serangan’ yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan ‘menenangkan’ diri di Eropah,” kata penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Apabila politik matlamat menghalalkan cara yang dirancang oleh Anwar terdedah melalui impian 16 September, ramai yang tertanya-tanya, apakah Pas yang memperjuangkan Islam akan terus bersekongkol dengan pemimpin seumpama itu?
Selama ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menegaskan bahawa Pas ingin berkuasa melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan sama sekali dengan semangat Pas yang menurut Abdul Hadi adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat.
Mungkin ada yang akan berhujah bagaimana pula dengan kejayaan BN menguasai semula Perak apabila tiga wakil rakyat pembangkang mengisytihar menjadi wakil rakyat bebas.
Antara kes di Perak dan impian 16 September ia adalah berbeza. Ini kerana BN Perak tidak pernah mempergunakan nama sesiapa untuk menarik sokongan tiga wakil rakyat berkenaan, mereka keluar daripada PKR dan DAP dengan sukarela.
Ini berbeza dengan Anwar yang terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri sehingga sanggup berbohong dan menghantar ahli Parlimen pembangkang ke Taiwan bagi memujuk ahli Parlimen BN. Tidakkah tindakan Anwar itu mengkhianati semangat demokrasi yang Abdul Hadi dan Pas uar-uarkan?
Oleh itu sebagai parti yang berhasrat menegakkan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin Pas sudah tentu memahami bahawa Anwar sememangnya tidak layak menjadi pemimpin mereka.
Mana mungkin sebuah parti seperti Pas terlalu mengagung-agungkan pemimpin yang mengamalkan politik seperti Anwar yang sekali gus akan mencemarkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Kini terserahlah kepada parti-parti pembangkang untuk menilai siapa ketua yang mereka kagumi itu dan kepada sebahagian rakyat yang masih taksub melihat Anwar sebagai ‘pemimpin yang bersih dan murni’.
Apa pun kesimpulannya, pendedahan oleh Zahrain telah membuka wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim dan membuktikan impian 16 September dilumuri dengan perancangan yang penuh dengan pembohongan, penipuan, pendustaan dan pengkhianatan, namun akhirnya kebenaran pasti memusnahkan kebatilan. -MediaUMNO/MingguanM

~Orang Muda, P Kamalanathan Calon BN Hulu Selangor~semoga berjaya!umno online~

BUKIT SENTOSA (Hulu Selangor), 15 April – Orang muda berusia 44 tahun, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, 25 April ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan kepada kira-kira 7,000 pemimpin dan penyokong, hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN membuat keputusan itu setelah berbincang dengan semua pihak di dalam BN.
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri berpesan PRK Hulu Selangor amat penting kepada negara kerana ia bakal menentukan masa depan bersama, bukan sahaja Hulu Selangor, tetapi seluruh negara.
“Oleh itu, Perdana Menteri berpesan supaya semua peringkat jentera BN mestilah datang berkempen di Hulu Selangor, bekerja keras, tumpukan perhatian hanya untuk memastikan BN menang,” katanya.
Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama yang amat penting untuk memastikan kestabilan politik demi pembangunan dan masa depan. Sejarah Malaysia selama ini adalah bukti semua hujah itu.
Beliau turut menjelaskan, pemimpin pusat memang sedar dan mendengar suara-suara rakan di dalam UMNO yang mahukan UMNO bertanding mewakili BN dalam PRK Hulu Selangor.
“Tetapi di dalam persahabatan yang telah lama kita amalkan, kita tidak boleh ingkar kepada kesepakatan itu. Di dalam konsep BN tiada masyarakat yang kecil, kita daripada UMNO tidak tamak.
“Terima kasih kepada pimpinan UMNO Bahagian Hulu Selangor kerana bersetuju dan sepakat mengekalkan MIC sebagai wakil BN. Calon dari MIC ini adalah calon BN dan apabila menang nanti, dia bukan sahaja bekerja untuk kaum India, tetapi dia akan berkhidmat kepada semua kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli.” tegasnya.
Timbalan Pengerusi BN itu turut merakamkan tahniah kepada DS G Palanivel kerana empat penggal berkhidmat, dia sudah ada jasa. Tetapi kita dah tahu banyak yang mahukan perubahan, muka baru dan atas semangat 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. -Media UMNO

alaysia ----- - Penamaan Calon P.94 Parlimen Hulu Selangor (17 April 2010) ----- Hari Mengundi (25 April 2010) ----- - Penamaan Calon P.212 Parlimen Sibu (8 Mei 2010) ----- Hari Mengundi (16 Mei 2010) ----- - Mesyuarat Cawangan (1 Mei - 15 Jun 2010) ----- - Mesyuarat Bahagian (16 Jun - 16 Julai 2010) ----- - Perhimpunan Agung UMNO 2010 (28 - 30 Okt 2010) ----- Ibu Pejabat UMNO Malaysia ----- umno-online.com Tidak Kira Masjid atau Jalanan, Pembangkang Sumbang ~umno online~

KUALA KUBU BARU, 17 April – Kalau di Ipoh pakatan pembangkang cemari masjid dengan membaling telur busuk selepas solat Jumaat, semalam, pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor di sini, pagi ini juga mereka tidak menghormati masjid. Masjid Jamek Kuala Kubu Bharu menjadi kubu penyokong mereka siang dan malam, dan ketika penyokong BN berkumpul di seberang jalan, dari masjid itu mereka melaungkan provokasi dan melempar batu untuk merejam kumpulan BN.
Bagi mereka, semua yang hendak mereka lakukan, tanpa mengira batasannya, adalah halal tanpa mengenal peri  kemanusiaan, nista atau fitnah.
Batu sebesar penumbuk dikumpul sewaktu berkubu dalam kawasan masjid. Mangsanya dua pemuda, seorang dari Marang, Terengganu dan seorang lagi dari Tanjung Karang. Syukur kedua-duanya selamat dan hanya menerima rawatan pesakit luar dengan beberapa jahitan di kepala masing-masing.
Semalam, di Ipoh, pemimpin dan penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan membantah isu syarikat perunding, Apco Worldwide, di pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, membaling telur busuk hingga mencemari masjid dan jemaah yang baru selesai solat Jumaat.
Kira-kira 100 peserta perhimpunan membaling telur busuk ke arah papan tanda tertera logo Umno dan 1Malaysia yang dibawa dan dipegang penyokong pembangkang di pekarangan masjid.
Dalam kejadian jam 2.05 petang itu, peserta perhimpunan anjuran Pemuda Pakatan Pembangkang Perak itu dibekal plastik berisi telur busuk dan diminta membalingnya ke arah papan tanda yang turut tertera logo Israel dengan lambang Umno di tengah-tengahnya, manakala di kiri kanan diletakkan logo 1Malaysia dan 1Israel, selain tertera perkataan Apco dan Zionis.
Balingan itu menyebabkan percikan teluk busuk itu turut mengenai orang ramai selain kelihatan kasut berterbangan dibaling peserta perhimpunan ke arah papan itu.
Penganjur kemudian meletakkan papan berkenaan di atas jalan di pintu pagar masjid, sebelum meminta umat Islam memijak dan penunggang motosikal menggilisnya ketika mahu keluar.
Antara yang menyertai perhimpunan dinamakan ‘Himpunan Aman Membantah Firma Perunding Apco Worldwide Pro Yahudi-Israel dan Pembabitannya Dengan Kerajaan Malaysia’ ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin dan Ahli Perhubungan Pas Perak, Nor Azli Musa.
Beberapa wakil termasuk gabungan mahasiswa Islam dan Dewan Muslimat Pas turut menyertainya. Perhimpunan itu bersurai setengah jam kemudian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang diminta mengulas kejadian itu, berkata perbuatan membaling telur busuk di kawasan masjid, haram hukumnya kerana ia mencemari kesucian rumah Allah.
“Perbuatan ini (baling telur busuk dalam kawasan masjid) sangat biadap… itu bukan ajaran Islam, buatlah kerja yang senonoh sikit,” katanya ketika dihubungi.
Harussani berkata, tindakan penganjur perhimpunan membawa telur busuk jelas memperlihatkan mereka sudah ada niat jahat apabila datang ke masjid berkenaan.
“Ingatlah Allah menyuruh manusia berbuat baik dan sentiasa memaafkan,” katanya.
Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, turut menyelar tindakan peserta perhimpunan itu.
“Perbuatan mereka ini terlalu biadap. Ini bukan budaya Islam atau budaya Melayu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau yang memegang portfolio Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, berkata tindakan pembangkang itu dilihat satu cubaan mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang mereka hadapi.
“Pembangkang mahu tutup kelemahan mereka sebab itu buat seperti itu. Apa yang mereka katakan mengenai Apco itu satu tuduhan dan cuba menghasut rakyat supaya mempercayai sesuatu dakwaan yang belum dibuktikan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, polis tidak mengambil sebarang tindakan kerana peserta perhimpunan bersurai seperti diarahkan.
Bagaimanapun katanya, pihaknya membuat laporan polis kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit. -MediaUMNO

Thursday, December 24, 2009

"KembAlikan AsaS Perjuangan"

MELIHAT kepada situasi politik ketika ini, tidak kiralah apa sahaja bentuk spekulasi, manipulasi dan provokasi yang dibuat ke atas parti, perlu diingat bahawa landasan yang paling kukuh adalah kembali kepada asas dan perjuangan UMNO iaitu sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Dengan berpegang kepada asas perjungan parti tersebut, tentunya ahli-ahli UMNO tidak akan sanggup mengorbankan masa depan parti yang secara langsung adalah masa hadapan kepada generasi akan datang di samping menjadikan sejarah lampau sebagai tauladan yang tidak mungkin berulang.
Nilailah kembali perjuangan golongan dan individu yang kecewa dengan parti tidak kiralah sama ada kerana gagal mendapat sokongan ahli atau kerana tidak mendapat jawatan yang diimpikan hinggakan sanggup melihat kepada perpecahan daripada membuat beberapa pembaharuan demi masa hadapan.
Dalam hal ini, tidak kiralah apa yang terjadi sekalipun, perjuangan dan parti janganlah diketepikan lantaran kepentingan diri sendiri ekoran ketidakpuasan hati yang dirasa hinggakan sanggup mengambil tindakan keluar dari parti dan menubuhkan parti lain yang menentang UMNO.
Bersandarkan kepada rentetan sejarah dalam setiap perkembangan yang lalu dan juga perjuangan para pemimpin yang terputus di tengah jalan ekoran masalah-masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan; sesungguhnya yang mengenepikan UMNO adalah individu itu sendiri.
Dalam pelbagai hal dan krisis yang telah menimpa UMNO, tidak kiralah sama ada tewas dalam percubaan mendapatkan kuasa dalam satu-satu persaingan misalnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atau ditolak ekoran keterlibatan dalam penyalahgunaan kuasa adalah sesuatu yang amat rumit.
Lihat sahaja apa tindakan Haji Ahmad Fuad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim sendiri apabila gagal menempatkan diri dari menjawat jawatan nombor satu dalam parti hinggakan sanggup menubuhkan parti lain ekoran rasa tidak puas hati.
Dalam konsep perjuangan, mengapa mesti membuat keputusan yang hanya akan memusnahkan bangsa dan negara sendiri sedangkan sebelum ini, mereka bersama-sama dalam UMNO, merancang, membangun dan mencapai pelbagai kecemerlangan tetapi hanya kerana kecewa ekoran gagal mendapat kuasa lantas mereka cuba pula memusnahkan apa yang telah dicapai.
Umumnya, individu sedemikian memang tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi untuk menjadi ketua kepada parti keramat yang menjadi pusaka warisan dari pemimpin terdahulu dan terus sebagai wadah kepada generasi akan datang.
Kerana gagal mendapat kuasa, mereka berasa marah dan kecewa lantas bertindak meninggalkan UMNO dan perjuangannya sedangkan selama ini mereka sendiri sering menyatakan bahawa hanya UMNO yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan.
Lebih teruk lagi, individu sedemikian sanggup pula memburuk-burukkan UMNO dengan pelbagai cerita, bermacam fitnah dan kecaman kepada UMNO hinggakan sanggup ada pula di kalangan rakyat yang terpedaya dengan apa yang dinyatakan.
Sesungguhnya di sinilah punca perpecahan paling besar dalam UMNO malah lihat sahaja bagaimana kesannya apabila Semangat 46 yang tertubuh ekoran rasa kecewa Tengku Razaleigh lantaran tewas bertanding jawatan Presiden kepada Tun Dr. Mahathir.
Natijahnya bukan hanya kepada pemimpin atasan tersebut malah rakyat turut menerima akibat dan tambah malang, buat pertama kalinya UMNO diseret ke mahkamah.
Kesan secara tidak langsung juga, kelemahan UMNO ekoran kekecewaan yang lahir di kalangan sesetengah individu ini telah menyumbang kepada pihak pembangkang termasuklah PAS. Apatah lagi apabila adanya ahli UMNO sendiri berpaling tadah lantas memberikan laluan mudah kepada PAS untuk beroleh kemenangan di Kelantan.
Kemudiannya, parti yang turut lahir ekoran rasa kecewa setelah gagal memegang tampuk pentadbiran dan jawatan nombor satu dalam parti ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga mantan Timbalan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal meraih impiannya pada tahun 1998.
Sehingga kini, Anwar tetap kekal dengan impiannya dan masih terus memasang angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri biarpun dengan memperalatkan rakyat, menggadai bangsa dan menjual agama sendiri.

Malahan, kesan daripada perpecahan tersebut tetap di rasa sehingga ke hari ini walaupun pemimpin telah silih berganti, UMNO telah pulih kembali tetapi perpaduan telah tercalar dan masih belum disatukan sepenuhnya.
Sewajarnya, sebelum membuat sebarang keputusan… fikirkanlah bahawa apa sahaja yang mahu dilakukan, sama ada yang baik atau buruk, kalah atau menang, jadikanlah asas perjuangan parti sebagai landasan dalam kehidupan.
Ingatlah juga, jika benar ada kesongsangan atau kesilapan dalam UMNO, sewajarnya perbetulkanlah melalui permuafakatan dan persaudaraan tanpa perlu adanya pecah belah, fitnah memfitnah dan caci maki yang hanya akan memburukkan keadaan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah; itulah realitinya.
Jelaslah bahawa bersandarkan kepada apa yang berlaku, hanya UMNO yang benar-benar lahir atas prinsip perjuangan untuk agama, bangsa dan negara!



Hidup UMNO!

Tuesday, December 22, 2009

BTN Dan Sejarah Tangan Kotor Anwar

Kamarulzaman Kamdias
Biasa di tempurung di bawa ke dulang. Biasa pada kita dibawa ke orang. Kebiasaan buruk kita tapi dituduh orang lain lakukan.
Itulah kesimpulan yang boleh dilabel kepada Anwar Ibrahim dan sekutunya. BTN yang diwujudkan pada awal 70an sangat murni maksudnya. Bertujuan bagi membangkit semangat patriotisma dan tahu soal ketatanegaraan sebagai seorang warganegara.
Tapi sesudah itu, BTN beransur-ansur telah disalahgunakan bagi tujuan penonjolan individu tertentu.
Ia menjadi lebih ketara apabila BTN dikuasai oleh Anwar Ibrahim. Orang pertama yang cuba disingkirkan dari BTN ialah Dato Kamarudin Kachar.
Semua juak-juak Anwar siang malam berusaha menyingkirkan Dato KK kerana bagi mereka selagi Dato KK ada di BTN segala perancangan Anwar untuk memperkudakan BTN bagi tujuan peribadi akan terbantut.
Akhirnya berjaya juga Anwar menguasai BTN.
Masih teringat bagaimana puak-puak Anwar ‘mencuci’ kepala para peserta kursus, betapa siapalah yang berkemampuan menyambung kecemerlangan kepimpinan Tun Mahathir.
Maklum sajalah masa tu yang jadi Timbalan Perdana Menteri ialah Pak Ghafar Baba.
Mereka mengagungkan Tun Mahathir ketika itu bukan untuk memuliakan Tun Mahathir tetapi adalah untuk memperlekehkan Pak Ghafar.
Apabila semua kepala sudah ‘dicuci’ bahawa Pak Ghafar tak layak jadi pengganti Tun Mahathir, maka mudahlah Anwar menguasai kepimpinan selepas Tun Mahathir.
Kesan ‘cucian’ puak Anwar ialah Pak Ghafar terpelanting sebelum turun gelanggang pada tahun 1993.
Sesudah berjaya menghumban Pak Ghafar, maka sasaran seterusnya ialah Tun Mahathir.
Modul BTN pun ditukar kepada elemen-elemen yang boleh mencacatkan kepimpinan Tun Mahathir. Itu sebab selepas 1993 sudah ada unsur-unsur negatif secara tidak langsung yang membabitkan kepimpinan Tun Mahathir.
Isu Suharto yang memerintah terlalu lama menjadi propaganda utama di media-media. Isu kronisma dan nepotisma Suharto diwar-war siang malam.
Apabila sampai ketikanya, isu Suharto ini jugalah yang digunakan untuk dicalitkan kepada batang tubuh Tun Mahathir.
Dipendekkan cerita, semua orang tahu dan masih ingat bagaimana Anwar ‘terpeletok’ kena ‘manouvre’ dek penangan Tun Mahathir.
Dia ingat untuk menghalau Tun Mahathir dari jawatan PM semudah mencampakkan Pak Ghafar.
Kesimpulannya, barang siapa yang cuba memperalatkan BTN untuk menguasai kerajaan pasti akan menerima padah. Siapa yang cuba untuk menjadikan BTN sarang untuk menonjolkan individu-individu tertentu pasti akan menemui kegagalan.
Anwar nampak betapa berkesannya BTN kalau nak digunakan untuk mendapat kuasa.
Itu sebab bila dia sudah berada diluar kerajaan, dia cari jalan bagaimana BTN boleh 'dirosakterukkan' imejnya supaya BTN tidak berfungsi lagi. Kononnya bila BTN sudah rosak maka mudahlah untuk menjatuhkan kerajaan.
Anwar punya taktik memang ‘stereotype’. Sebelum buat apa-apa gerakan untuk menjatuhkan lawan, rukun pertama yang mesti dilakukan ialah buat ‘character assasination’.
Bila karakter orang sudah rosak mudahlah untuk menjahanamkan musuh. Siapa yang tak pernah dicacatkan personalitinya dek Anwar? Pak Ghafar, Rahim Tamby Chik, Mahathir, Najib…Semua sudah terkena dek Anwar.
Untuk pengetahuan semua, sekarang Anwar sedang buat gerakan untuk punahkah kredibiliti BTN. Bila dah punah nanti baru mudah untuk punahkan kerajaan.

BAGAI dONGENG CERITA rAKYAT....HAHAHA

Jika kanak-kanak sering dihidangkan dengan cerita versi dongeng yang indah-indah dalam kehidupan maka realiti yang cuba digambarkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim demikian juga iaitu cuba memberikan impian dan angan-angan menarik kepada ahli-ahlinya.
Apa yang cuba dilakarkan oleh Anwar kononnya PKR masih tetap kukuh dan menjaga kepentingan rakyat di negara ini sebagaimana yang pernah ditulis dalam manifestonya apabila menjelang pilihan raya.
Bagaikan seorang penglipurlara moden, Anwar mengangankan impian-impian berlandaskan pangkat, kuasa dan kedudukan sebagai imbuhan dan pemanis dalam ceritanya sedangkan realitinya, sebagaimana yang telah dihamburkan oleh bekas pemimpin kanan dalam PKR sendiri ia hanyalah untuk kepentingan peribadi.
Dalam hal ini, bukalah minda dan fikirkanlah secara waras apakah yang mampu dilakukan oleh beliau sebagai Ketua Pembangkang sedangkan selama jawatan tersebut dipegangnya, sumbangan manakah yang boleh dibanggakan – bukan sahaja kepada masayarakat keseluruhan tetapi juga tumpuan kepada ahli PKR sendiri.
Seandainya krisis yang dialami oleh PKR adalah krisis politik sahaja maka tentunya PKR akan mampu untuk memulihkannya namun malangnya ia tidak semudah yang dinyatakan kerana apa terjadi adalah hakisan kepercayaan daripada ahli-ahlinya termasuk juga pemimpin atasan parti.
Apatah lagi sehingga ke hari ini, Anwar gagal menafikan dan membuat pengakuan secara terbuka berkaitan dengan kesalahan moral dan kes mahkamah beliau yang sering sahaja tertangguh atas pelbagai alasan; secara tidak langsung kegagalan beliau memberikan keyakinan berterusan.
Jadi, perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi di Selangor dan juga membuat konvensyen PKR di beberapa negeri pastinya mempunyai agenda disebaliknya.
Anwar harus mengakui bahawa rakyat sudah mula bosan dengan retorik politik yang dimainkannya malahan sikapnya yang sering mendominasi pakatan campuran juga telah ditolak oleh rakan sekutunya.
Walaupun Anwar berusaha melancarkan strategi sistem dua parti di negara ini dengan mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti gabungan pembangkang yang sah sebagaimana didesak oleh ahlinya, namun Anwar sebenarnya tak mampu menyatukan idelogi-ideologi berlainan parti-parti pembangkang.
Buktinya, lihat sahaja kedudukan PAS yang semakin meruncing akibat tersalah canai, yang dikatakan ia juga adalah antara campurtangan dari Anwar.
Kejutan demi kejutan bukan hanya berlaku kepada PKR tetapi jelas Anwar semakin terhimpit dengan tindakan berani dan pendedahan bersandarkan bukti beberapa bekas orang kanannya.
Jika sebelum ini, Anwar lantang akan menyaman mana-mana pihak yang didakwanya memfitnah termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin RM 100 juta kerana mendakwanya pengkhianat bangsa – namun ia tidak dilaksanakan.
Malahan bekas Timbalan Presiden PKR, Chandra Muzaffar juga pernah menerima saman yang sama dari Anwar ekoran pendedahannya terhadap kepincangan yang berlaku.
Begitu juga dengan bekas ahli Majlis Tertingginya yang sebelum ini dikenali sebagai orang paling rapat dengan Anwar iaitu S. Nallakarupan yang memaklumkan bahawa memang berlaku ketidakadilan dan cengkaman kuasa dari Anwar.
Lantaran itu, jelaslah bahawa penglipurlara akan tetap dengan cerita indahnya kerana tidak mungkin kisah dongeng tersebut menjadi realiti hanya dengan berbekalkan kedangkalan fikiran semata-mata!

'Apa itu 1MALAYSIA'

1. PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.



1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan

2. Ketabahan

3. Rendah hati

4. Penerimaan

5. Kesetiaan

6. Meritokrasi

7. Pendidikan

8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

7.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.

7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.KeSEtiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik

atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7.7 PENDIDIKAN

PendidikaN dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8. KESIMPULAN

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Sumber:

1. www.1Malaysia.com.my

2. Akhbar-akhbar tempatan

3. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Tuesday, June 30, 2009



KEGAGALAN MENTADBIR KELANTAN SEKIAN LAMA












Tuesday, June 23, 2009

Monday, June 22, 2009

PAS yang Melampau-Khutbah Jumaat Bertukar Ceramah Politik Maki Hamun Di Manik Urai

Khutbah Jumaat Bertukar Ceramah Politik Maki Hamun Di Manik Urai

laman Rasmi UMNO

UMNO Online » Laman Berita Rasmi – Official News of United Malays National Organisation

myMetro

myMetro

UMNO Dituduh Lagi - UMNO Online

UMNO Dituduh Lagi - UMNO Online

sandiwara pas

� Sandiwara Pas dalam matlamat mewujudkan negara Islam telah bermula sejak sekian lama. Pada satu masa, Pas melaung-laungkan bahawa penubuhan negara Islam merupakan matlamat perjuangan Pas. Namun, pada masa yang lain pula, Pas menafikan hasrat tersebut.
� Hakikatnya, Pas hanya menggunakan isu penubuhan negara Islam sebagai modal untuk menarik sokongan umat Islam di negara ini.
Namun, apabila berhadapan dengan masyarakat bukan Islam, hasrat penubuhan Negara Islam bukan hanya disembunyikan malah dinafikan untuk memikat hati golongan tersebut.
� Sebagai contoh, demi untuk mendapatkan kerjasama parti-parti pembangkang lain khususnya DAP dalam pilihan raya umum yang lalu, Pas tidak menggunakan modal penubuhan negara Islam secara terbuka sehinggakan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999 tidak langsung menyebut perkara berkaitan negara Islam.
Dolak-Dalik Pemimpin Pas
� Sejak sekian lama Pas tidak pernah konsisten dalam isu penubuhan negara Islam yang menjadi mainan politik parti itu selama ini. Pendirian PAS berhubung isu ini terpaksa disesuaikan dengan keadaan, masa dan tempat.
� Menjelang pilihan raya umum 1999, sandiwara Pas begitu terserlah dengan kepelbagaian pendirian yang dikemukakan oleh para pemimpin tertinggi Pas sendiri. Kecelaruan ini lahir daripada tentangan terbuka rakan sekutunya dalam pilihan raya itu, DAP.
� Antara kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat dalam tempoh tersebut sahaja adalah seperti berikut:
a. �Ya, memang matlamat kami mewujudkan negara Islam�, bekas Presiden PAS, Dato� Fadzil Noor (Harakah, 16 April 1999).
b. �PAS sedia menggugurkan slogan mewujudkan negara Islam sebagai bukti tolak ansurnya dengan mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengannya�, Dato� Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian, 25 Jun 1999).
c. �Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam�, Dato� Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian 12 Mei 1999).
d. "Negara Islam mesti menguatkuasakan hukum Islam tapi ia belum dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat dan PAS akan terus memperjuangkan�, YAB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Berita Minggu, 12 Ogos 2001).
e. �BN terlambat dan tiada matlamat dalam menjadikan Malaysia negara Islam kerana dasar dan undang-undang tubuhnya tidak mempunyai tujuan dan matlamat ke arah itu� Dato� Seri Abdul Hadi Awang (Berita Harian, 28 Jun 2001).
f. �Pas tetap akan menubuhkan negara Islam sekalipun ditentang oleh DAP jika pakatan pembangkang berpeluang memenangi pilihan raya umum akan datang� Dato� Nik Aziz Nik Mat (Utusan Malaysia, 30 Julai 2001).
g. Apabila ditanya adakah hasrat menubuhkan negara Islam terkandung dalam manifesto BA 1999, BEKAS Presiden Pas, Dato� Fadzil Noor berkata, �Tidak ada�memang tidak ada. Dalam manifesto kita menghormati pendirian parti masing-masing� (Berita Minggu, 5 Ogos 2001).
� Kenyataan-kenyataan di atas jelas membuktikan lakonan Pas selama ini. Para pemimpinnya berdolak-dalik dalam isu penubuhan negara Islam sehinggalah Dato� Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mencabar Pas untuk mengemukakan secara bertulis perincian konsep negara Islam yang mereka perjuangkan. Cabaran ini dikemukakan oleh Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO, 21 Jun 2001.
� Pas jelas dilihat terperangkap dengan cabaran itu kerana khuatir sandiwara mereka selama ini akan terbongkar. Kerisauan ini tergambar dengan ulasan-ulasan para pemimpin Pas terhadap cabaran tersebut, antaranya:
a. �Kalau UMNO ikhlas untuk mengetahui konsep ini, ia boleh dapatkan maklumat-maklumat ini dari institusi yang mereka bentuk seperti IKIM. Pas akan kemukakan kepada rakyat dan bukan kepada Dr Mahathir tentang konsep negara Islam tidak lama lagi� bekas Presiden Pas, Dato� Fadzil Noor (Harakah, 1-15 Ogos 2001).
b. �Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh Pas sebenarnya sudah terkandung dalam manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya umum yang lalu. Tidak perlu lagi huraian secara bertulis dalam pelbagai bahasa mengenai konsep negara Islam yang dikehendaki Pas seperti yang dicabar oleh Perdana Menteri� Dato� Nik Aziz Nik Mat (Harakah, 1-15 Ogos 2001)
� Selain cabaran Dr Mahathir, Pas juga merasa tamparan yang begitu kuat apabila unit dalam parti itu sendiri iaitu Dewan Pemuda melalui salah seorang wakilnya mengkritik kepimpinan parti kerana gagal menyediakan pelan induk berhubung konsep negara Islam. Kritikan itu dilemparkan ketika berucap di Muktamar Tahunan Pas 2003.
Penerbitan Dokumen Negara Islam Pas
� Pas akhirnya menerbitkan Dokumen Negara Islam Pas yang dilancarkan oleh Dato� Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas pada 12 November 2003. Dokumen ini memperincikan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
� Tidak berapa lama sebelum pelancaran itu, dalam program BBC�s HARDtalk yang dihoskan oleh Tim Sebastian, Dato� Mustafa Ali (Naib Presiden Pas) , bersusah-payah menafikan bahawa perjuangan Pas mempunyai kaitan dengan matlamat penubuhan negara Islam.
Beliau cuba meyakinkan pengacara itu bahawa isu negara Islam adalah ciptaan media untuk melemahkan Pas. Menurut Mustafa, Perlembagaan Pas sendiri tidak sama sekali menyebut tentang konsep negara Islam.
� Peristiwa ini membawa maksud sama ada Datuk Mustafa Ali cuba untuk menipu orang ramai atau beliau tidak yakin dan tidak berupaya untuk mempertahankan perjuangan itu dalam satu wawancara terbuka yang boleh disaksikan oleh semua pihak sama ada orang Melayu, rakyat bukan beragama Islam di negara ini dan masyarakat dunia secara keseluruhannya, ataupun mungkin keadaan ini menzahirkan realiti bahawa pemimpin bukan �ulama� di dalam Pas tidak mempunyai suara dan pengaruh dalam penentuan polisi dan dasar parti itu sehinggakan perkara penting seperti agenda perjuangan sendiri mereka tidak ketahui.
Kepincangan Dokumen Negara Islam Pas
� Sebelum memperincikan beberapa contoh kepincangan Dokumen Negara Islam Pas, perlu ditegaskan bahawa persoalan berkaitan konsep negara Islam ini adalah perbincangan yang dikategorikan menyentuh perkara-perkara ijtihad (Amrun Ijtihadiah).
� Ia bukannya perkara atau persoalan yang mengandungi ketetapan atau penjelasan terperinci dalam nas-nas al-Quran mahupun hadis, contohnya isu berkaitan bilangan rakaat sembahyang, persoalan zakat, ketetapan berpuasa, cara mengerjakan ibadat haji dan persoalan-persoalan lain yang mempunyai rujukan nas-nas yang bersifat terperinci, jelas dan muktamad (Qat�iah).
� Empat kesimpulan utama yang dapat digariskan tentang buku ini seperti berikut:
a. Dokumen Ini Tidak Perlu
� Dokumen ini tidak sepatutnya diterbitkan oleh Pas kerana masyarakat khususnya umat Islam di negara ini tidak memerlukan satu definisi atau konsep negara Islam yang baru. Pelbagai konsep telah dikemukakan oleh ulama muktabar sebelum ini.
� Telah diputuskan melalui ijma� para ulama bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan fatwa ini telah pun diwartakan pada tahun 1986. Sebarang konsep alternatif tidak lagi diperlukan.
b. Dokumen Ini Mengelirukan
� Dokumen ini boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat sekiranya dibaca. Antaranya ialah ayat-ayat al-Quran yang diketengahkan diambil melalui Kitab Tafsir tanpa sebarang penjelasan. Ketiadaan penjelasan akan menyebabkan orang ramai membuat kesimpulan masing-masing.
� Intipati dokumen ini juga mengelirukan kerana pendekatan berhati-hati yang digunakan oleh Pas dalam menerbitkan dokumen ini. Banyak perkara yang disebutkan tidak jelas dan muktamad.
Sekadar menyebut satu contoh, Pas menyatakan akan terima Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada dengan sedikit pengubahsuaian. Namun, tidak dijelaskan perkara atau peruntukan yang mana satukah yang akan diubahsuai.
� Dalam dokumen ini Pas juga menyatakan bahawa Syariat Islam menjadi pegangan utama pemerintah dalam menjalankan segala aktiviti pembangunan negara.
Perkataan Syariat Islam sekiranya digunakan oleh Pas boleh mengelirukan. Dalam pentadbiran kerajaan yang sedia ada, amat jelas bahawa syariat kita ialah Ahlul Sunnah wal Jamaah.
Tetapi kalau Pas bila disebut syariat besar kemungkinan ia akan pergi kepada Syiah. Contohnya, apabila Pas menyebut tentang negara perlu dipimpin oleh ketua negara yang bertaqwa.
Pendirian Pas ini sama dengan Syiah dengan konsep Kepimpinan Ulama (Wilayahtul Faqih). Masalah yang timbul ialah Pas sendiri yang menentukan siapa dia ulama dan siapa tidak.
Sudah pasti hanya pemimpin Pas sahaja yang bertaraf ulama dan seterusnya boleh menjadi ketua negara kerana takrifan dan penilaian ulama itu menjadi hak mereka sahaja.
� Ia juga mengelirukan apabila Pas menggariskan negara Islam akan dipimpin oleh seorang ketua negara yang bertaqwa dan yang terbaik di kalangan ummah.
Beberapa persoalan boleh ditimbulkan, pertama, perkara ini hakikatnya bertentangan dengan apa yang pernah diikrarkan oleh Saidina Abu Bakar ketika menjadi khalifah. ��sekarang aku telah memegang pekerjaan kamu ini, tetapi bukanlah aku orang yang lebih baik daripada kamu. Jika aku berlaku adil dalam urusanku sokonglah aku, tetapi jika aku berlaku salah betulkan kembali��
Adakah Pas menganggap Saidina Abu Bakar sebagai tidak Islam kerana kenyataan beliau berbeza dengan Tasawwur negara Islam Pas.
Sekalipun kita menerima tasawwur Pas ini, dalam realiti hari ini siapakah yang akan menentukan pemimpin yang layak dan terbaik di kalangan ummah? Para pengundi?
Dewan ulamak Pas? Ahli Dewan Rakyat? Perwakilan Muktamar Pas? Dan adakah saudara Mahfuz, Mat Sabu, Nik Aziz yang menghalalkan carut boleh disifatkan sebagai pemimpin yang terbaik di kalangan ummah.
c. Dokumen Ini Menyesatkan
� Dokumen ini menyesatkan apabila disebut di dalam ceramah-ceramah anjuran Pas dan kenyataan-kenyataan akhbar para pemimpinnya yang menyamakan dokumen ini dengan wahyu.
Ditambah pula apabila pemimpin Pas menyebut bahawa sesiapa yang menentang atau tidak mahu menerima dokumen ini bermakna mereka menentang Islam. (Sumber: Harakah 16-31/01/2004, muka surat 13, 30 dan 31 )
� Inilah propaganda songsang yang sering diguna pakai oleh Pas. Kalau dahulu mereka menyamakan parti Pas itu dengan agama Islam, kini apa yang mereka canang-canangkan jauh lebih menyesatkan iaitu menyamakan dokumen ciptaan manusia dengan wahyu tuhan.
� Tindakan Dato� Nik Aziz Nik Mat menyamakan orang Melayu yang tidak menerima dokumen ini dengan bangsa Yahudi juga merupakan satu tindakan yang boleh membawa kesesatan.
Keadaan ini menjadi lebih serius apabila diambil kira mentaliti dan ketaksuban sebahagian ahli-ahli Pas kepada pemimpin mereka sehingga menganggap apa yang disampaikan oleh pemimpin mereka adalah benar belaka.
Kenyataan Nik Aziz ini boleh menyesatkan pengikut Pas sendiri.
d. Dokumen Ini Membahayakan
� Dokumen ini membahayakan apabila ia mensyaratkan negara menjalankan hukum Hudud sahaja boleh dikategorikan sebagai negara Islam. Ini adalah sama dengan tindakan Pas memperlekeh-lekehkan kerajaan sedia ada sebagai tidak Islam.
Keadaan seperti inilah yang telah menyebabkan lahirnya kumpulan-kumpulan pengganas di kalangan umat Islam.
� Kumpulan seumpamanya telah wujud di Malaysia seperti gerakan Ibrahim Libya dan pengikutnya, Kumpulan Al-Maunah, KMM dan lain-lain.
Disebabkan propaganda songsang mereka yang berkenaan bertindak ganas, berjuang atas nama menegakkan negara Islam.
� Kini, propaganda Pas ini telahpun tercatat dengan jelas di dalam dokumen ini yang pasti akan mengundang bahaya yang lebih besar.
Kesimpulan
� Selain daripada beberapa kepincangan dan kelemahan yang dikenal pasti dalam dokumen terbitan Pas ini, sebahagian besar perkara-perkara yang dinyatakan adalah cedokan dan peniruan daripada pendekatan dan perjuangan yang selama ini dilaksanakan oleh Kerajaan BN/UMNO.
� Apa yang dilakukan oleh Pas hanyalah menyusun semula apa yang sedia ada dalam sistem pada hari ini, menyadurkannya dengan perkataan-perkataan berbahasa Arab dan kemudian menamakannya sistem Islam.
Pas hanya melakukan perubahan rupa bentuk tanpa menyentuh isi kandungannya. Perubahan kosmetik ini hakikatnya satu percubaan Pas untuk menipu dan mengelirukan rakyat khususnya umat Islam buat kesekian kalinya.
� Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Pas adalah suatu pengiktirafan terhadap inisiatif dan perjuangan Kerajaan BN/UMNO selama ini dalam mengangkat maruah dan martabat Islam dan keseluruhan umatnya.
Realitinya, Pas hanya mendokumenkan negara Islam yang diperjuang dan ditegakkan oleh Kerajaan BN/UMNO.
� Sebenarnya Pas tidak mengiktiraf dan mengakui Malaysia sebagai negara Islam hanya kerana UMNO dan BN yang memerintah.
Bagi Pas, fahaman atau ajaran yang disemai sejak dari sekolah pondok lagi ialah hanya pemimpin dan pengikut Pas sahaja merupakan ahli jemaah Islam (hizbullah).
Berlandaskan konsep ini, mereka percaya orang yang tidak menyertai parti Pas adalah kafir dan layak ditentang.
� Oleh itu, doktrin yang menjurus kepada keganasan ini disembunyikan supaya tidak semua ahli Pas mengetahui dan dikaburi dengan gimik politik seperti UMNO tidak menetapkan

Kerajaan PerpaDuan

Nampaknya pergeseran dan perbezaan pendapat di antara pemimpin-pemimpin Pas semakin meruncing. Yang terbaru ialah pandangan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib yang mengatakan bahawa Nasharuddin Mat Isa tidak melakukan sebarang kesalahan besar dalam penubuhan kerajaan perpaduan.
"Saya tidak nampak apa-apa kesalahan besar yang dilakukan sehingga kini," kata Harun Taib.
Oleh itu, beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendapat, tidak perlu Ustaz Nasharuddin meletakkan jawatan samada sebagai Timbalan Presiden atau ahli Parlimen Bachok - BuletinOnline
Isu seperti boikot oleh jentera pilihanraya Manek Urai ke atas Hadi Awang dan perjumpaan tanda sokongan kepada Nik Aziz Nik Mat juga telah mewarnai konflik yang berlaku di dalam Pas.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula cuba berlagak hero kononnya mahu meleraikan konflik di antara pemimpin-pemimpin Pas.
Penulis bukan mahu melaga-lagakan sesiapa di dalam isu ini tetapi penulis melihat konsep 'kerajaan perpaduan' sebagai satu usaha yang menguntungkan kaum Melayu secara keseluruhannya walaupun ianya amat mustahil.
Menutup segala peluang sebelum berlakunya proses perundingan mengenai konsep kerajaan perpaduan merupakan satu perkara yang amat sukar untuk diterima oleh kita semua. Realitinya, Nik Aziz pun pernah menerima dan mengalu-alukan perpaduan di antara Pas dan UMNO dahulu.
Ini adalah kerana kita sentiasa memandang pemimpin-pemimpin kita sebagai mereka yang bijak berfikir, berpandangan jauh, mampu bertolak ansur dan amat mementingkan kaum mereka sendiri.
Jika mereka boleh bertolak ansur dengan pemimpin-pemimpin dari kaum lain di negara ini, apakah begitu susah untuk mencapai satu kesepakatan di antara pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri yang sebenarnya bersaudara di dalam Islam?
Kerana itulah kita masih giat membincangkan isu kerajaan perpaduan ini dengan satu harapan iaitu ianya akan berhasil menemukan setiap pemimpin Melayu, duduk di meja perundingan serta menggalas harapan setiap orang Melayu di negara ini.
Mekanisme kepada perlaksanaan konsep kerajaan perpaduan itu tentunya amat rumit dan menyiksakan, lebih-lebih lagi apabila akan berlaku pertindanan kuasa eksekutif kerajaan yang tidak mungkin dilepaskan oleh UMNO dengan sebegitu mudah.
Seperti yang penulis terangkan sebelum ini, konsep kerajaan perpaduan bakal lenyap dan hilang dek masa disebabkan oleh struktur perkongsian kuasa yang tidak akan mungkin diterima dengan rela hati oleh kedua-dua pihak.
Parti UMNO tidak akan melepaskan hak mereka manakala parti Pas semestinya akan cuba mendapatkan seberapa banyak kuasa eksekutif kerajaan yang mereka boleh tuntut.
Kerajaan perpaduan tidak akan berhasil dilaksanakan tetapi penulis percaya terdapat mekanisme lain yang lebih logik dan rasional boleh diusahakan di antara parti UMNO dan Pas.
Kedua-dua parti perlu mewujudkan satu saluran asas yang mampu mengumpulkan segera pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti untuk duduk semeja, bermuzakarah dan mencapai kata sepakat terhadap sebarang isu yang melibatkan kaum Melayu dan negara.
Kita boleh namakan saluran tersebut seperti 'Meja Bulat Perpaduan' atau pun 'Unity Round Table".
'Meja Bulat Perpaduan' tersebut bukan tempat untuk mengadu domba dan bertegang leher mengenai perbezaan ideologi politik masing-masing tetapi satu tempat dan ketika di mana pemimpin-pemimpin hanya membincangkan isu-isu kaum Melayu dan negara, berbincang serta cuba menyelesaikan isu-isu tersebut dengan sebaik yang mungkin.
Semestinya akan berlaku teguran dan kritikan terhadap polisi-polisi kerajaan yang sedia ada tetapi pemimpin-pemimpin UMNO juga perlu bersedia untuk menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka selagi kritikan-kritikan itu berasas!
Pemimpin-pemimpin Pas pula tidak boleh pula hanya pandai mengkritik dan mencari kesalahan pemimpin-pemimpin UMNO tetapi mereka juga mesti mampu mengusulkan solutions yang bernas, rasional dan praktikal terhadap setiap isu yang berbangkit.
'Meja Bulat Perpaduan' ini tidak akan mewujudkan pertindanan kuasa di antara kedua-dua parti. Mereka masih mengekalkan entiti dan ideologi masing-masing tanpa perlu diubah. Negara kita masih memerlukan parti pembangkang sebagai mekanisme check and balance yang efektif untuk memantau gerakkerja negara kita ini.
Tetapi yang penting sekali ialah pemimpin-pemimpin Melayu ini mampu berkumpul dengan segera tanpa protokol yang mengambil masa yang panjang dan meluatkan, duduk semeja dengan harmoni, bermuzakarah dan cuba mencari penyelesaian terhadap isu yang dibincangkan.
Tidak susahkan !

cabaran untuk pemuda pas

Kota Bharu -- Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd AFandi Yusof mempelawa Pemuda Pas Kelantan untuk bermuzakarah secara terbuka berhubung kerajaan perpaduan bagi membuktikan gagasan kerajaan perpaduan dari sudut Islam selain menggambarkan bahawa visi dan misi perpaduan itu sunnah Rasulullah.
Menurutnya tuduhan Pemuda Pas Kelantan bahawa beliau buta sejarah dan jahil agama dengan menyokong gagasan kerajaan perpaduan itu dari persepketif agama amat tidak wajar.
"Jika Ketua Pemuda Pas Kelantan, masih belum berpuas hati dengan penjelasan, siapakah yang lebih buta sejarah, siapakah yang lebih mengikut adat dan budaya jahiliyah maka saya dengan segala hormatnya ingin menjemput mereka untuk bermuzakarah secara terbuka berkenaan “Kerajaan Perpaduan”.
"Saya cuba membawa pendekatan berbaik-baik antara parti Pas dan UMNO dengan menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan dari sudut Islamnya dan menggambarkan bahawa visi dan misi perpaduan ini sunnah Rasulullah.
"Tiba-tiba saya dituduh sebagai buta sejarah dan jahil agama. Sesungguhnya inilah cabaran yang dihadapi oleh Rasululllah di sepanjang perjalanan dakwah baginda selama 23 tahun, ejekan, cacian, maki hamun dan penghinaan telah menjadi lumrah dalam proses dakwah terhadap golongan musyrikin. Namun Rasulullah tabah menghadapinya", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman bahawa Pemuda UMNO buta sejarah dan jahil agama setelah Afandi menyebut beberapa hari lalu bahawa perpaduan di antara Pas dan UMNO seperti persaudaraan di antara Aus dan Khazaj serta Muhajirin dan Ansar.
Soal Ustaz Afandi, apakah halangan Nik Aziz dan Pemuda Pas Kelantan yang menolak perpaduan dengan mengutamakan dendam kesumat terhadap kisah silam bersama UMNO?
Dari susut Islamnya ujar beliau, Nik Aziz telah melakukan dosa besar kerana menolak sunnah Rasulullah iaitu “sunnah perpaduan dan penyatuan”, mempertahankan amalan jahiliyah iaitu “dendam kesumat”, maka seluruh penyokong beliau juga dianggap berdosa kerana mengikut secara membuta tuli, manakala penyokong Presiden Pas dan Timbalan Presdiden Pas memperolehi ganjaran pahala disisi Allah atas kebaikannya.
"Tidak ada sebarang nas al Quran, mahu pun hadis yang menyuruh manusia bergaduh sesama Islam, lebih-lebih lagi menolak perpaduan sesama Islam. Jika Nik Aziz mempunyai bukti bahawa Allah menyuruh umat Islam bergaduh sesama sendiri, Nik Aziz dicabar kemukakan bukti. "Amat jelas kini bahawa Nik Aziz semakin ditolak oleh penyokong Pas seluruh negara, manakala kumpulan presiden yang pro perpaduan dijulang oleh penyokong Pas.
"Sebagai buktinya, semua calon-calon dari Kelantan, termasuk calon Timbalan Presiden Pas, Naib Presiden Pas dan AJK Pas pusat dibawah tajaan Nik Aziz telah kalah teruk dalam pemilihan pada Muktamar Pas baru-baru ini.
"Ini suatu bukti nyata penolakan total ahli-ahli Pas sendiri terhadap kumpulan yang dianggap “boneka” atau “kuda tunggangan” Datuk Seri Anwar Ibrahim", katanya.
Justeru beliau menggesa Nik Aziz supaya mengubah pendiriannya dengan menerima gagasan kerajaan perpaduan, menghormati dan mentaati arahan Presiden Pas, demi untuk melihat umat Islam dan bangsa melayu terus terbela dinegara ini.

cabaran untuk pemuda pas

Kota Bharu -- Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd AFandi Yusof mempelawa Pemuda Pas Kelantan untuk bermuzakarah secara terbuka berhubung kerajaan perpaduan bagi membuktikan gagasan kerajaan perpaduan dari sudut Islam selain menggambarkan bahawa visi dan misi perpaduan itu sunnah Rasulullah.
Menurutnya tuduhan Pemuda Pas Kelantan bahawa beliau buta sejarah dan jahil agama dengan menyokong gagasan kerajaan perpaduan itu dari persepketif agama amat tidak wajar.
"Jika Ketua Pemuda Pas Kelantan, masih belum berpuas hati dengan penjelasan, siapakah yang lebih buta sejarah, siapakah yang lebih mengikut adat dan budaya jahiliyah maka saya dengan segala hormatnya ingin menjemput mereka untuk bermuzakarah secara terbuka berkenaan “Kerajaan Perpaduan”.
"Saya cuba membawa pendekatan berbaik-baik antara parti Pas dan UMNO dengan menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan dari sudut Islamnya dan menggambarkan bahawa visi dan misi perpaduan ini sunnah Rasulullah.
"Tiba-tiba saya dituduh sebagai buta sejarah dan jahil agama. Sesungguhnya inilah cabaran yang dihadapi oleh Rasululllah di sepanjang perjalanan dakwah baginda selama 23 tahun, ejekan, cacian, maki hamun dan penghinaan telah menjadi lumrah dalam proses dakwah terhadap golongan musyrikin. Namun Rasulullah tabah menghadapinya", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman bahawa Pemuda UMNO buta sejarah dan jahil agama setelah Afandi menyebut beberapa hari lalu bahawa perpaduan di antara Pas dan UMNO seperti persaudaraan di antara Aus dan Khazaj serta Muhajirin dan Ansar.
Soal Ustaz Afandi, apakah halangan Nik Aziz dan Pemuda Pas Kelantan yang menolak perpaduan dengan mengutamakan dendam kesumat terhadap kisah silam bersama UMNO?
Dari susut Islamnya ujar beliau, Nik Aziz telah melakukan dosa besar kerana menolak sunnah Rasulullah iaitu “sunnah perpaduan dan penyatuan”, mempertahankan amalan jahiliyah iaitu “dendam kesumat”, maka seluruh penyokong beliau juga dianggap berdosa kerana mengikut secara membuta tuli, manakala penyokong Presiden Pas dan Timbalan Presdiden Pas memperolehi ganjaran pahala disisi Allah atas kebaikannya.
"Tidak ada sebarang nas al Quran, mahu pun hadis yang menyuruh manusia bergaduh sesama Islam, lebih-lebih lagi menolak perpaduan sesama Islam. Jika Nik Aziz mempunyai bukti bahawa Allah menyuruh umat Islam bergaduh sesama sendiri, Nik Aziz dicabar kemukakan bukti. "Amat jelas kini bahawa Nik Aziz semakin ditolak oleh penyokong Pas seluruh negara, manakala kumpulan presiden yang pro perpaduan dijulang oleh penyokong Pas.
"Sebagai buktinya, semua calon-calon dari Kelantan, termasuk calon Timbalan Presiden Pas, Naib Presiden Pas dan AJK Pas pusat dibawah tajaan Nik Aziz telah kalah teruk dalam pemilihan pada Muktamar Pas baru-baru ini.
"Ini suatu bukti nyata penolakan total ahli-ahli Pas sendiri terhadap kumpulan yang dianggap “boneka” atau “kuda tunggangan” Datuk Seri Anwar Ibrahim", katanya.
Justeru beliau menggesa Nik Aziz supaya mengubah pendiriannya dengan menerima gagasan kerajaan perpaduan, menghormati dan mentaati arahan Presiden Pas, demi untuk melihat umat Islam dan bangsa melayu terus terbela dinegara ini.

pas diduga allah sw.t

Nampaknya parti yang mengaku berjuang di atas landasan agama yang benar sedang diduga oleh tuhan, apakah perjuangannya benar-benar mendahulukan Allah dan Rasul dalam apa keadaan atau pun mendahulukan kepentingan kelompok atau barisan jemaah pakatannya.
Dari sudut agama, mana satu yang lebih dipandang mulia di sisi tuhan? Adakah kepentingan agenda kelompok parti atau ikatan perpaduan ummah?
Dalam soal perpaduan pula mana satukah bentuk perpaduan yang paling tinggi nilainya di sisi tuhan? Adakah perpaduan sesama seagama atau perpaduan dengan yang bukan se agama?
Mana satukah perpaduan yang lebih berbau assobiah? Adakah perpaduan berdasarkan kelompok parti atau perpaduan di atas maksud ukhwah yang dituntut agama?
Jawapan kepada persoalan ini tidak memerlukan ulamak yang mahir selok belok agama. Cukup bagi kita-kita yang bodoh ni, pasti jawapannya sama dengan jawapan yang diberikan oleh ulamak sohor.
Untuk peringatan sesama kita, mendekatkan seseorang Islam yang jauh dari agama supaya dekat kepada agama, adalah 70 kali ganda lebih tinggi nilainya di sisi tuhan dari mengislamkan seorang kafir.
Jika itu yang dikhabarkan oleh nabi saw, kenapa ulamak politik Pas lebih mementingkan ukhwah mereka dengan Kaparat Singh dari ukhwah mereka dengan UMNO? Kenapa mereka lebih prejudis dengan UMNO dan dalam masa yang sama boleh bersangka baik dengan Lim Kit Siang?
Apa ijtihad pun yang menjelma difikiran para ulamak Pas, jika hasil dari ijtihad yang dirumuskan, mereka lebih mendahulukan ukhwah dengan golongan kafir dari ukhwah sesama Islam, sudah pasti ijtihad itu bukan ijtihad yang dikehendaki Allah dan rasul. Itu ijtihad palsu yang sesat lagi menyesatkan.
Apa yang menyebabkan mereka sendiri sanggup melanggar soal keutamaan menurut prinsip agama seperti yang selalu mereka laungkan?
Inilah akibatnya jika segala hal mahu dipolitikkan dan apabila dipolitikkan dikatakan pula agama tidak melarang asal ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
'Niat atas maksud agama yang tidak berwajah' dijadikan sandaran untuk meyakinkan pengikut agar terus menyokong dan mengikut apa saja yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.
Pengikut pula menyokong secara takliq dan percaya apa saja yang pemimpin mereka lakukan adalah semata-mata di atas prinsip Islam.
Jika semua yang di bawa melalui demokrasi dan kapitalisma cuba diserasikan dengan agama dengan mengatakan selagi tidak bertentangan dengan syariat dan tiada nas melarang, maka ia dibolehkan, kenapa tidak difikirkan satu ijtihad jika buah anggur atau air tuak walau pun diperam berbulan-bulan dibolehkan untuk diminum kerana tiada nas yang mengatakan ia haram. Dalam quran hanya menyebut minuman yang memabukkan.
Jika peminum arak tegar tidak mabuk-mabuk walau pun meminum 3 kati air anggur peram, maka bolehlah berijtihad ‘dibolehkan meminum bagi mereka-mereka yang mempunyai daya tahan yang kuat asalkan tidak sampai tahap mabuk. Sekarang dalam Pas, wanita sudah dibolehkan menyampaikan ilmu didepan puluhan ribu hadirin lelaki. Berguru dengan wanitalah namanya tu...Tiada larangan dalam agama atas alasan dibolehkan memberi memberi pendapat.Mudah sangat mentafsir hukum hakam agama mengikut selera politik...

PAS, DAP dan PKR Menyimpang

Perjuangan PAS terlalu jauh terpesong dari perjuang Islam sebenar seperti Nabi Muhammad Rasullullah SAW dan para sahabat RA (Khulafa Ar Rasyidin) seperti mana maksud hadis Nabi SAW
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah R.A. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, ya Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R Abu Daud dan Tirmizi
Berdasarkan hadis Nabi SAW di atas PAS terutama ulama telah meletakkan fitnah (bidaah) dan menipu apabila matlamat perjuangan PAS terlalu jauh terpesong dan berlainan daripada Nabi Muhammad Rasullullah SAW dan para sahabat RA dan Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) apabila PAS berjuang untuk demokrasi bagi mencapai matlamat menjadi pemerintah negara dahulu sebelum laksanakan Islam.
Sedangkan sejarah Islam menyaksikan Nabi Muhammad Rasullullah SAW sendiri pernah di tawarkan untuk menjadi ketua (pemerintah) di Mekah dan segala macam kekayaan dan perempuan (sebelum hijrah) tetapi Nabi Muhammad Rasullullah SAW menolak kerana perjuangan Islam hanya kerana Allah, berbeza dengan PAS yang mahukan kuasa untuk memerintah (parti politik), harta benda dan kadangkala perempuan seperti mempunyai banyak isteri.
Faktanya PAS berjuang untuk perkara yang telah di tolak Rasullullah SAW sejak awal lagi (ketua, harta dan wanita), jelas sekali di sini perjuangan PAS adalah bidaah yang cukup sesat lagi menyesatkan tambahan pula di akhir zaman ini munculnya ulama fasiq seperti maksud hadis Rasullullah SAWdaripada Anas R.A. berkata : bersabda Rasullullah SAW, selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq.Hadis Riwayat Ibnu Ady
Manakala ahli dan penyokong PKR lebih kepada mendewa-dewakan atau menyembah Anwar Ibrahim daripada Allah SWT, mereka (ahli dan penyokong PKR) percaya Anwar difitnah sedangkan Anwar ialah pakar dalam memfitnah sepertimana Abdullah bin Salul di zaman Rasullullah SAW.Abdullah bin Salul adalah seorang pencuri tetapi bijak memfitnah orang lain yang mencuri hingga seorang sahabat RA telah di hudud akibat fitnah Abdullah bin Salul yang di warisi oleh Anwar.
Keluarnya Anwar dari penjara menyebabkan serangan fitnah makin kuat dan hebat kerana Anwar sememangnya pakar memfitnah, Anwar mempunyai kelebihan dengan politik Yahudi iaitu musnahkan Islam dari dalam atau musnahkan Islam dengan Islam di mana Anwar mampu memusnahkan UMNO dari dalam dengan hanya meletakkan ejennya di dalam UMNO sepertimana ejen Anwar di dalam PAS yang di kenali sebagai erdogan.
Anwar tahu kelemahan UMNO, sebagai umat Islam UMNO tidak khianati kawan walaupun bukan Islam di dalam BN, UMNO tak buat fitnah, Anwar juga tahu kelemahan Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib yang tak akan bertindak tegas ke atasnya (Anwar) di sebabkan Anwar masih di anggap sebagai kawan dan saudara se-Islam oleh Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib, buktinya sampai sekarang Datuk Seri Najib tak ambil tindakan walaupun Anwar banyak memfitnah Datuk Seri Najib berkaitan isu peribadi hingga Anwar sanggup menghantar surat berunsur fitnah,hasutan dan penipuan kepada Yang Di-Pertuan Agung bagi menghalang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri ke-6 Malaysia!!!
Anwar memang bijak bermain sandiwara dalam menipu dan memfitnah dalam arena politik (seperti Abdullah bin Salul), hakikatnya Anwar terlalu merbahaya pada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia, Anwar mampu menipu dan memfitnah dengan menterbalikkan fakta, yang benar dijadikan salah dan yang salah di jadikan benar, fitnah.
Di sebalik fitnah Anwar (mata lebam, arsenik, aids) Anwar masih sihat sehingga kini malah mampu menari waktu PRK Ijok tidak lama dahulu yang menyaksikan BN menang.
Kenyataan Kamal Atarturk adalah penyelamat Islam di Turki oleh Tun Dr Mahathir tidak lama dahulu sebenarnya ditujukan kepada Anwar yang pernah bersama dengan Tun di dalam UMNO, ia bagi menyindir PAS yang terlalu taksub dengan Anwar, Tun berkata demikian supaya umat Islam khususnya PAS tidak terpedaya dengan sandiwara Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.
Sama ada rakyat Malaysia terutama umat Islam sedar atau tidak ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR Anwar mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai republik, dengan itu strategi yang sama di gunakan iaitu menjatuhkan institusi Raja berpelembagaan yang selama ini menjadi Ulil Amri atau pertahanan umat Islam daripada keadaan politik yang tidak stabil.
Fitnah dan hasutan Musyrikin kafir harbi Abu Jahal telah mengusir Nabi Muhammad Rasullullah SAW dari kampung halaman baginda di mekah, seperti DAP yang mahu mengusir umat Islam dari Malaysia menjadikan Malaysia sebuah republik di mana umat Islam bangsa Melayu tiada kuasa, tiada apa, semuanya sudah dibolot oleh musyrikin kafir harbi.
Fitnah dan hasutan jahat munafik Abdullah Ubaiyy telah menyebabkan beratus tentera Islam melarikan diri dari medan pertempuran medan perang Uhud mengakibatkan tentera Islam di bawah pimpinan Rasullullah SAW kalah, walaupun munafik Abdullah Ubaiyy lebih terkenal dengan fitnahnya kepada Ummul Mukminin Saidatina Aishah RA, PAS pula menyebarkan fitnah dan semangat benci membenci dan memusuhi sesama Islam kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara seterusnya menjadikan Malaysia seperti Republik Islam Syiah.
Anwar menggunakan strategi munafik Abdullah bin Salul berdasarkan sejarah Islam zaman Rasullullah SAW di Madinah, buktinya Anwar akan memfitnah dan memerangkap menuduh orang lain yang memfitnah sama seperti munafik Abdullah bin Salul adalah pencuri.
Setelah rahsianya sebagai pencuri diketahui orang Abdullah bin Salul meletakkan barang curiannya ke dalam rumah lain dan menuduh (memfitnah) orang tersebut yang mencuri, ini menyebabkan orang yang di fitnah di hukum hudud potong tangan dan Abdullah bin Salul menyelamatkan diri hilang setelah rahsianya mencuri dan memfitnah diketahui orang.
Fitnah tidak boleh di tanggani secara baik atau lembut. Kita umat Islam kena tegas dan keras dalam menghadapi serangan fitnah dan hasutan jahat pembuat-pembuat fitnah ini. Kaedah perang perlu di gunakan walaupun kita sendiri benci kepada perang ianya telahpun di sebutkan di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 216kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
UMNO di serang oleh fitnah dan hasutan jahat pihak pembangkang pertubuhan haram pakatan rakyat. Sedarlah, sekiranya UMNO tumbang akan mengheret sama tumbangnya kedaulatan Islam dan keamanan yang dikecapi selama ini.
Anwar dan PAS telah melahirkan begitu banyak pemfitnah dan penipu yang memfitnah dan menipu umat Islam dan bangsa Melayu.
Saya sendiri menjadi mangsa fitnah dari PAS hingga saya kehilangan kasih sayang dari keluarga terutama ibu saya sendiri dan saya pernah ditipu puluhan ribu ringgit oleh seorang yang pernah rapat dengan Anwar hanya kerana niat saya mahu membantu beliau yang pura-pura susah.
Saya lebih banyak di tipu oleh manusia yang seagama dan sebangsa dengan saya malah budaya mengkhianati kawan seagama dan sebangsa dengan saya, sedang menular dengan cepat apatah lagi dengan adanya golongan yang berselindung disebalik pakatan pembangkang. Sekiranya tidak di sekat maka ianya akan menyebabkan keseluruhan umat Islam bangsa Melayu akan menerima akibatnya sepertimana amaran Allah di dalam kitab suci Al-Quran surah Hud ayat 102, Al-Kahfi ayat 59, Al-Hajj ayat 45, Al-Hajj ayat 48, Al-Qasas 58 dan At-Talaaq ayat 8.

Perlembagaan Tunjang Keutuhan Negara

PERLEMBAGAAN menjadi tulang belakang sesebuah negara kerana ia muncul serentak dengan pembentukan sesebuah negara. Ia boleh ditakrifkan sebagai prinsip dasar dalam mengasaskan sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai medium untuk mencorakkan bentuk pemerintahan yang diperkenalkan serta menyatakan adat proses perundangan di negara berkenaan.
Perlembagaan yang terpakai di negara ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan mengenai perkara seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, badan pemerintah, badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri, kedudukan istimewa orang Melayu, tanah, pembangunan negara, perkhidmatan awam dan pilihan raya.
Perlembagaan amat diperlukan untuk memajukan institusi negara dan untuk mencorakkan tingkahlaku pemerintahan dan rakyat negara berkenaan. Setiapkali apabila berlakunya sesuatu konflik, perlembagaan akan dirujuk bagi mencari penyelesaiannya. Ini adalah kerana, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Konsep ketertinggian perlembagaan boleh menyebabkan sesuatu undang-undang persekutuan mengenai sesuatu perkara persekutuan boleh diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Di dalam Perkara 4(1) memperincikan secara jelas mengenai undang-undang utama persekutuan yang berbunyi :-
“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”
Seorang ahli politik terkemuka Robert A. Dahl menyatakan sistem politik di sesebuah negara yang berubah menjadi kompleks menuntut perlembagaan untuk memainkan peranan politiknya iaitu dengan mengariskan corak pentadbiran dan pembahagian kuasa untuk memudahkan pemerintahan.
James Bryce berpendapat perlembagaan mampu menjadi aras tanda kepada satu adat perjalanan kehidupan negara yang akan melibatkan keputusan undang-undang yang kompleks dan dibina menurut kesesuaian sistem pemerintahan sesebuah komuniti.
Perlembagaan merupakan dokumen yang menggariskan prinsip pembahagian kuasa. Oleh itu, rakyat perlu mempunyai pengetahuan yang sepatutnya berkenaan Perlembagaan supaya Perlembagaan tidak hanya menjadi milik eksklusif para golongan undang-undang seperti hakim dan peguam. Rakyat perlu tahu akan hak asasi mereka yang terkandung di dalam Perlembagaan.
Ketiadaan pengetahuan mengenai Perlembagaan ini akan menyebabkan kita kehilangan hak lantaran terdapatnya pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan membelakangkan konsep ketertinggian perlembagaan itu sendiri.
Keadaan seumpama ini dapat dilihat dalam polemik politik semasa yang memperlihatkan kepada kita bagaimana parti-parti pembangkang secara terang-terangan melanggar dan mencabul perlembagaan yang sedia ada.
Dalam isu pilihan raya misalnya, telah termaktub di dalam Perlembagaan bahawa setiap siri pilihan raya kecil yang ingin dijalankan hendaklah bertunjangkan kepada alasan-alasan yang diterima oleh perlembagaan seperti kematian, perlucutan jawatan wakil rakyat terbabit ekoran tindakan undang-undang atau muflis.
Malangnya hari ini, pembangkang mengatur satu demi satu konspirasi pilihan raya kecil dengan pelbagai alasan yang kebanyakannya ‘tidak dipersetujui’ oleh perlembagaan seperti perletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Pembangkang seolah-olah mempermainkan rakyat dan mengkhianati amanat bangsa dan agama apabila mereka bertanding dan berundur dengan sewenang-wenangnya. Tindakan BN untuk memulaukan pilihan raya kecil Penanti merupakan suatu tindakan yang bijak dalam menangani percaturan politik picisan pembangkang.
Begitu juga dengan isu ketuanan dan keistimewaan Melayu. Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas melalui kontrak sosial yang diterima pakai sekalian rakyat Malaysia sejak negara ini mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 lagi.
Hari ini DAP melalui konsep ‘Malaysian Malaysia’, menuntut hak kesamarataan untuk semua kaum di Malaysia dan menuduh gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Satu Malaysia sebagai plagiat daripada mereka walhal ianya berlainan di samping menjaga kepentingan semua kaum tetapi tetap mengekalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Telah kita sedia maklum bahawa kedudukan istimewa orang-orang Melayu merupakan suatu timbal balas yang diberikan lantaran daripada kesudian penduduk asal negara ini membuka pintu untuk memberikan kerakyatan kepada satu juta orang bangsa Cina dan India. Sejak sekian lama, kita hidup aman berpaksikan kepada kontrak sosial ini.
Akan tetapi, pembangkang seolah-olah sengaja meniupkan api perkauman apabila mereka menuntut supaya hak keistimewaan orang-orang Melayu dihapuskan. Tuntutan mereka ini telah mewujudkan suatu suasana kehidupan penuh prasangka; orang-orang Melayu meragui orang-orang Cina dan India dan bangsa bukan Melayu ini pula bersikap skeptikal terhadap orang-orang Melayu dan agama Islam.
Lebih teruk lagi, pembangkang dengan berani telah mencabar kedudukan istimewa raja-raja Melayu. Hal ini dapat dilihat antaranya melalui tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang memohon sembah derhaka kepada DYMM Sultan Perak dan kenyataan terbuka Karpal Singh yang menyatakan hasrat untuk menyaman Baginda.
Perlembagaan yang menjadi ibu segala undang-undang di Malaysia ini perlulah dijunjung dan dipertahankan. Malangnya, apabila kerajaan memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk melindungi perlembagaan dan kontrak sosial, rakyat seolah-olah tidak sedar dengan sandiwara pembangkang dan kelihatan seperti langsung tidak terjejas dengan satu demi satu manipulasi yang dilakukan oleh pembangkang ke atas perlembagaan negara kita.
Sekiranya keadaan seperti ini berterusan, adalah sangat dikhuatiri ia akan menjadi pembunuh senyap kepada negara amnya dan orang-orang Melayu khasnya. Justeru, rakyat perlulah menunjukkan bantahan di atas sikap tidak bertanggungjawab pembangkang terhadap kedudukan perlembagaan Malaysia demi memastikan hak dan kepentingan mereka terbela.

Tuesday, May 26, 2009

apakah yang berlaku sekarang ini????

Apa dah berlaku sebenarnya berlaku??????

“sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga”

Peribahasa diatas khas untuk parti pembangkang yang dulu dianggap sesetengah orang sebagai parti yang perfect,SUCCESS,BAIK…..yes,memang perfect pun….TAPI PERFECT MENIPU,SEMBUNYIKAN KESALAHAN SENDIRI,HASUTAN,SUKA MENUDING JARI PADA ORANG LEN…….

Mungkin Allah SWT nak tunjukkan kebenaran (doa-doa orang teraniaya),terkena pula pada parti perbangkang yang tak pernah bersyukur dia dilahirkan di muka bumi ini….macam satu kes di berita utama TV3 (26/5/2009)…..kes rasuah 2 parti KEADILAN pada calon parti BEBAS DUN PENANTI, Aminah bte Abdullah……bukan ke PAKATAN RAKYAT sebenarnya baik,perfect???TIDAK ADA ORANG BAIK CAKAP DIRINYA BAIK…..MACAM YANG PERNAH DIKATAKAN NIK AZIZ NIKMAT TAHUN LEPAS…keluar kenyataannya pada Buliten Utama TV3


Masuk parti PAS-baik

Masuk parti BARISAN NASIONAL- hina








Sesuka hati dia hendak menunding jari,memaki hamun,menghina parti-parti lain……terutama sekali pada UMNO,BARISAN NASIONAL,dan SEkutunya….apakah salah mereka???????
Mana sunnah Rasulullah SAW
Mereka ada kacau orang lain ke??????
Dimanakah aqidah,akhlak kamu semua?........
Dimanakah system demokrasi kamu semua…..

Setahu saya dalam islam pun tidak ada ajaran sebegini…..
KATA IKUT SUNNAH RASULULLAH SAW…..
Pikirlah masa depan generasi muda dan yang akan datang…..
JANGAN KERANA KITA MEREKA YANG KENA KESANNYA…..

CONTOHNYA;

Di Thailand,huru hara sekarang pentadbiran sekarang…..ini semua kerana sikap HASAD DENGKI……orang yang tidak bersalah kena tempiasnya….

Tak malu ke pada dunia luar?
Saling bergaduh,bermusuhan,……..
Pikirlah kita ini ISLAM….
Mana ada ajaran ISLAM suruh berbuat demikian?
Yang terbaru dalm tv3 26/05/2009 di bulletin utama

8 wakil rakyat parti pembangkang diberkas oleh polis kerana inkar bersurai semasa menghadiri perhipunan haram di PERAK… menyatakan ingin membubarkan parlimen…..tak fikir ke kebaikan parlimen diwujudkan…..????
Terimalah hakikat yang DATO’ Nizar Jamaluddin,bekas menteri Perak tidak dapat kekalkan kedudukannya di PERAK…..”tidak payah mengeruhkan air yang jernih”

Kerana beliau rakyat terseksa…..
Kerana beliau negeri perak huru hara
Kerana beliau institusi beraja tercemar….
Kerana beliau orang lain menderhaka pada sultan….
JANGAN LAH BERSIKAP FANATIK PADA SESEORANG…

Mesti ada sebab sultan perak memilih Dato”ZambRY sebagai Menteri Besar Perak yang baru……

KALAU TAK NAK IKUT KEDAULATAN,KETAATAN DIRAJA…
PERGI KAT SINGAPURA……SANA TIDAK ADA RAJA,SULTAN…..buatlah kerajaan sendiri di sana kalau tak nak ikut raja/sultan di Malaysia tercinta ini……
JANGAN PERGI SANA “MATI KUTU PULA”….

HAMBA ALLAH SWT YANG GERAM INSTITUSI DIRAJA DI CALARKAN
Pemuda umno Melaka………

Sunday, May 24, 2009

perhimpunan agung umNo 2009

Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah ditetapkan akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober depan yang akan diadakan khas bagi membincangkan untuk meminda Perlembagaan UMNO.
Perlembagaan tersebut dipinda bagi memberi mandat kepada lebih ramai ahlinya memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat secara serentak di 191 bahagian berbanding dengan pemilihan sebelum ini yang ditentukan bersandar kuota.
Perhimpunan Agung UMNO kali ke-60 ini juga akan diadakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak ketika membuat ucapan sulung sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac lalu untuk membuat perubahan.
Antara yang dipinda ialah untuk mewujudkan proses pemilihan yang lebih terbuka, telus dan demokrasi.Sebelum ini, kepimpinan dipilih oleh sekitar 2000 perwakilan sedangkan ahli UMNO berjumlah lebih 3 juta ahli.
Lantaran itu, dengan pindaan dalam Perlembagaan parti akan membolehkan semua ahli-ahli UMNO mengadakan pengundian bagi memilih pemimpin secara serentak di semua 191 Bahagian.
Berdasarkan langkah pembaharuan yang akan dibuat tersebut, terbukti aspirasi dan suara rakyat di peringkat akar umbi akan dapat disalurkan secara terus terutamanya dalam memilih pemimpin yang mereka kehendaki.
Oleh itu dengan persetujuan sidang perwakilan, Perlembagaan UMNO akan dipinda dengan mengkaji semula kuota pencalonan yang akan dibincangkan bersama Bahagian-bahagian.
Berkaitan dengan hal tersebut, pada 15 April lalu Ibu pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling memaklumkan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan bagi tahun 2009 akan bermula pada 15 Mei sehingga 30 Jun 2009.
Manakala bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pula tarikh persidangannya juga adalah sama dalam tempoh tersebut.
Bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian termasuklah Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pula tarikh yang ditetapkan ialah pada 16 Julai sehingga 16 Ogos 2009.
Dalam hal ini, Ibu Pejabat UMNO berharap agar semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya dan dapat mematuhi semua aturan dalam persidangan yang telah digariskan dalam parti